03 January 2006

Nak Balik Dah...


Eh? Aku Pun Jenis Cemburu Juga Ya?
Selama ini saya begitu gah mengatakan bahawa saya bukanlah jenis yang cemburu. Kerana pada saya kebahagiaan itu terletak pada kepercayaan. Saya mempercayai isteri saya sepenuhnya. Jadi tidak wujud perkataan cemburu dalam hidup saya.

Tetapi petang semalam, ketika saya hendak keluar dari kereta menuju ke dalam masjid, terdengar deringan telefon bimbit dalam kereta saya. Risau juga kerana saya tinggalkan telefon bimbit saya di rumah. Setelah diperiksa rupanya telefon bimbit isteri saya tertinggal semasa saya mengambilnya dari sekolah tadi. Kelam-kabut saya buka tas tangannya tetapi belum sempat telefon itu saya angkat, deringan telah terhenti.

Yang saya terpandang hanya gambar seorang lelaki yang keluar di skrin telefon tersebut bersama2 dengan nombor telefon. Tiba2 saya dapat rasakan air muka saya berubah. Lekas saya periksa senarai missed call dari telefon isteri saya itu. Oh… Rupanya nombor saya. Isteri saya cuba menelefon kerana baru tersedar handsetnya tiada di rumah.

Dalam pada berjalan masuk ke masjid, saya tersenyum. Konon tak cemburu. Hehehe… Baru tahu! Hm… Cinta dan kasih sayang inikan ciptaan Allah. Sedang Nabi saw sendiri cemburu apabila orang munafiq memfitnah Saidatina Aisyah. Jadi memang wajarlah untuk saya sendiri berasa cemburu. Hm… Itulah. Lain kali jangan bercakap besar lagi. Cemburu itukan tanda sayang. Jika saya sayang isteri saya, mestilah cemburu. Bukan? Allahu Akbar! :)

Kembali Ke Sekolah
Hari ini sessi persekolahan bermula kembali setelah hampir 2 bulan bercuti. Terbayang saya bagaimanalah agaknya perangai murid2 yang baru mendaftar darjah 1 hari ini. Bagi saya dulu, sekolah adalah tempat untuk membebaskan diri dari kawalan mak dan ayah dan kerja2 rutin di rumah.

Tahun ini saya juga dengar akan dimulakan matapelajaran seks di sekolah2. Saya tidak berapa tahu tentang hal ini. Tapi sukalah rasanya saya hendak mengucapkan tahniah buat Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia. Nampaknya standard pendidikan sekolah di negara kita meningkat lagi.

Sebelum ini kita telah diperkenalkan dengan pengajaran subjek matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris (BI). Pendekatan ini membuahkan hasil yang lumayan apabila berjaya meningkatkan penguasaan BI di kalangan pelajar2 kita dan kejayaan yang paling Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ialah apabila ia dengan jayanya menurunkan peratus kelulusan subjek matematik di kalangan pelajar2 Melayu.

Kini diperkenalkan pula subjek seks. Entah apa yang akan diajarkan nanti tidak tahulah tetapi saya tetap dengan pendirian bahawa seks bukanlah satu subjek yang boleh diajarkan di sekolah. Biar apapun alasan yang akan diberikan.

Jika pengajaran matapelajaran ini dikaitkan dengan tujuan untuk mengawal penyebaran STD, ia hanyalah keyakinan kosong akibat pemikiran tanpa penduan iman. Cara terbaik untuk mengawal STD adalah dengan melaksanakan Islam secara kaffah. Secara keseluruhan. Tidak ada pengecualian dan tidak pula ditumpukan hanya setakat perihal ibadah. Hukumlah penzina2 ini dengan hukuman keras. Sebat dan rejam untuk yang telah berkahwin.

Tetapi kerajaan tetap kerajaan. Berilah 100,000 alasan bantahan sekalipun, jika mereka kata hendak buat, mereka akan tetap buat. Sepertimana perlaksanaan pengajaran matematik dan sains dalam BI, sepertimana kempen pemberian dadah gantian, jarum suntikan dan kondom percuma. Walaupun ditentang hebat oleh kebanyakan NGO dan badan2 semua agama, mereka tetap berkeras.

Jadi sama2lah kita tunggukan hasil yang bakal menjelang. Mungkin perolehannya nanti, kita mampu menurunkan kadar jangkitan STD tetapi dapat meningkatkan kadar maksiat. Iyalah… Sekarang anak2 sudah tau cara2 untuk melakukan seks selamat (safe sex). Selamat dari jangkitan STD dan paling utama, selamat dari mengandung. Maka bolehlah berzina sebanyak dan sekerap mana yang mereka suka… Wana’uzubillahi minzalik…

Kembali Ke Kerja
Abu Naqibah insyaAllah akan menghilangkan diri sebentar dari dunia maya ini. Malam ini saya akan menaiki bas ke Terengganu bagi menghadiri mesyuarat exco kesatuan sekerja diibu pejabat kami di Kerteh sebelum terus ke tempat kerja keesokan harinya (Khamis) dan meneruskan kehidupan terapung untuk 14 hari lagi. InsyaAllah Abu Naqibah akan muncul kembali seperti biasa selepas 19hb Januari nanti.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat Pak Ngah (http://pakngah70.blogspot.com/) dan Kak Za (http://duniahatiku.blogspot.com/) yang banyak membantu demi merealisasikan blog saya ini.

Juga kepada mereka yang sanggup meluangkan masa untuk melawat blog ini, terima kasih atas sokongan anda. Saya hargai sebarang komen dan kritikan yang mampu membina dan meningkatkan lagi kualiti penulisan mahupun blog ‘Diari Abu Naqibah’ ini. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik2 balasan…

JazakAllahu khairan…

-Abu Naqibah-
(3 Januari 2006, 2100hrs)

1 comment:

Anonymous said...

Lelaki tak cemburu kat isteri? Huh! penipu!

Diari Abu Naqibah telah mula beroperasi semenjak 28 Disember 2005.