Salah Tanggapan
Selepas tulisan saya bertajuk 'Belajar Untuk Berkata Cukup', saya menerima begitu banyak respon yang pelbagai. Kebanyakannya adalah respon yang positif. Tidak kurang juga yang menceritakan pengalaman mereka pula kepada saya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua. Tentunya kesemua respon2 ini amat2 saya hargai. Sekurang2nya saya tahu artikel saya diberikan perhatian selain mendapat menambah pengetahuan saya.
Dalam pada itu, ada juga yang tidak besetuju dengan apa yang saya tulis. Bebagai juga tohmahan yang saya terima. Namun saya anggap sebagai asam garam dalam kehidupan. Kita takkan dapat membuat semua orang bersetuju dengan kita. Dan saya sendiri bukan berniat hendak mengajar. Sekadar berkongsi pemikiran. Mana tahu, berkat perkongsian itu, kita dapat menjadi insan yang lebih baik.
Saya tidak pernah kisah jika dikritik. Saya juga tidak pernah kisah kalau dihina dengan berbagai hinaan. Akan tetapi respon dari seorang sahabat telah membuatkan saya menjadi kisah. Kerana sahabat ini, dengan begitu pasti telah meneka bahawa saya seorang jemaah tabligh atau karkun dan dengan begitu bangga telah mengutuk pergerakan ini. Inilah saya kisahkan. Bukan kritikan terhadap saya sebaliknya kutukan terhadap karkun.
Untuk pengetahuan, SAYA BUKANLAH KARKUN. Walaupun saya pernah beberapa kali ke markaz dengan tujuan menimba ilmu ketika sessi bayan, dan juga menjadikan kitab Fadhilat Amal sebagai salah satu rujukan rasmi buat saya, namun saya tetap bukan karkun. Maksud saya belum kerana saya belum pernah mengikut mereka keluar sekurang2nya 3 hari.
Walaupun bukan karkun, saya sukar untuk menerima orang mengatakan sesuatu yang buruk berkenaan dengan karkun. Kerana saya telah biasa bercampur dengan mereka. Malah 2 daripada abang2 saya juga karkun. Dan sepanjang pemerhatian saya, tidak ada yang songsangnya karkun2 ini. Kehidupan mereka hanya menyerahkan diri kepada Allah, Tuhan Yang Maha Memiliki Manusia (Maalikin Naas).
Sesetengah orang menggelarkan karkun atau ahli jemaah tabligh ini sebagai 'tak balik'. Kononnya para karkun ini lebih mengutamakan kerja2 da'wah dan lebih gemar keluar sehingga berbulan2 tidak balik2 meninggalkan anak2 dan isteri terabai. Saya tidak faham bagaimana mereka boleh terpengaruh dengan cerita begini tetapi apa yang saya boleh katakan, ini tidak 100% benar.
Saya tidak menafikan terdapat segolongan karkun yang terlalu taksub. Atas dasar ketaksuban ini, mereka sanggup menipu semata2 untuk keluar. Kerana, sebelum keluar 40 hari atau 4 bulan, terlebih dahulu akan diadakan mesyuarat. Setiap mereka yang telah menyatakan azam, akan ditanya tentang kesanggupan mereka. Berapa yang mereka ada, berapa yang mereka bawa dan berapa yang mereka akan tinggalkan untuk waris mereka.
Hanya mereka yang cukup syarat sahaja yang akan dibenarkan ikut serta. Akan tetapi, jika terdapat antara mereka itu yang berbohong, apalah daya jemaah yang lain untuk menghalang? Para karkun tidak memiliki pasukan special branch yang berkemampuan menyiasat satu persatu data yang mereka berikan. Jika ini berlaku, bolehkan kita salahkan seluruh pertubuhan karkun tesebut?
Suatu ketika dulu tan Sri Isa Samad didapati bersalah kerana mengamalkan rasuah politik. Tan Sri Isa adalah orang Umno. Maka bolehkah kalau saya katakan keseluruhan orang Umno mengamalkan rasuah politik? Tentu sekali tidak! Kerana masih ada segelintir orang Umno yang benar2 berjuang secara jujur untuk kebajikan rakyat. Menuduh semua ahli Umno sebagai perasuah adalah tindakan yang zalim.
Akan tetapi, di dalam perkara Tabligh, mengapakah disebabkan oleh segelintir karkun yang terlalu fanatik ini kita sanggup melabelkan bahawa kesemua karkun sebegitu? Adilkah tindakan sedemikian? Bukankah zalim jika kita katakan bahawa kesemua karkun mengabaikan isteri & anak2 mereka sedangkan kebanyakan karkun benar2 memastikan 'kecukupan' keluarga mereka sebelum keluar?
Dari satu sudut yang lain pula, cuba kita lihat mengapakah mereka sanggup menipu untuk keluar? Adakah kerana terdapat gadis2 manis bersama jemaah mereka? Atau sesiapa yang keluar akan diberikan RM10k? Atau apa? Tidak. Sama sekali tidak. Bahkan sebenarnya mereka ini telahpun menikmati manisnya penyerahan diri kepada Allah dan nikmatnya berada berhampiran denganNya.
Seorang rakan saya pernah bercerita. Abang iparnya adalah seorang karkun. Beliau menafkahkan keluarga dengan cara berniaga. Tiba suatu masa beliau perlu keluar 4 bulan ke IPB (India, Pakistan & Bangladesh). Beliau telah meninggalkan perniagaan kepada isterinya. Dengan takdir Allah, keluarga yang ditinggalkan bukan sahaja tidak menderita, bahkan perniagaannya membuat untung berlipat kali ganda.
Beliau sendiri pulang dengan membawa puluhan ribu ringgit. Sehinggakan rakan saya saya ingin berkahwin, dihadiahkan RM5k begitu sahaja. Ketika ditanya, dengan tenang beliau menjawab, "Jika Allah yang kita inginkan, kita akan perolehi segala2nya." Beliau ke IPB kerana Allah. Dan beliau tidak mengharapkan selain daripada Allah. Lihatlah apa yang Alah berikan kepadanya. Sedang beliau sendiri tidak tahu dari mana datangnya duit sebanyak itu.
Pernah diceritakan, suatu masa dahulu, di sebuah bandar di Eropah, seorang pendakwah telah sampai berseorangan. Melihatkan telah masuk waktu solat, beliau telah azan di suatu tempat di stesen keretapi. Selesai azan, beberapa orang telah datang menghampiri beliau dan bertanyakan apa yang beliau lakukan. Salah seorang telah berkata yang dia pernah mendengar datuknya berbuat sebegitu (melaungkan azan) lama dahulu.
Maka di hari tersebut, bermulalah solat berjemaah buat pertama kali selepas sekian lama. Beliau telah menjadi imam selepas salah seorang daripada yang menghampirinya melaungkan iqamah. Dan selepas itu, beberapa masjid mula muncul di bandar tersebut hari demi hari. Lihatlah apa yang seorang pendakwah mampu lakukan. Jadi, adakah salah untuk keluar pada jalan Alah?
Cubalah bandingkan dengan diri kita sendiri. Apa yang kita lakukan di tengah malam? Tidur? Bekerja? Atau saja melepak dengan teman2? Sedangkan para karkun yang keluar 3 hari, 40 hari atau 4 bulan ini sibuk beribadah di rumah2 Allah. Selesai solat Tahajud, mereka berdoa kepada Allah untuk sekalian umat manusia. Untuk sekalian muslimin termasuk kita. Salahkah apa yang mereka lakukan?
Pada zaman Kalifah Rasyidin, satu kaji selidik pernah dijalankan terhadap muslimah. Kebanyakan mereka mengakui yang mampu bertahan tanpa seks untuk 4 bulan. Maka inilah yang menjadi dasar Tabligh. Maksimum mereka keluar adalah selama 4 bulan. Akan tetapi bagi mereka yang ingin menjadi ustaz atau guru, mereka diwajibkan keluar selama 1 tahun untuk mencari kerendahan diri dan hati.
Pun tidak menjadi masalah. Kerana kebiasaannya, mereka ini adalah masih bujang. Jika ada yang telah berkahwin pun, mereka biasanya telah mendidik keluarga mereka akan pentingnya menyerahkan diri secara total kepada Allah. Tidak timbul soal keluarga terabai atau tidak. Tidak sama sekali. Jika keluarga mereka redha, mengapakah kita sebagai orang luar ingin menghasut keluarga mereka?
Jika anda ke markaz, anda akan melihat berbagai2 jenis manusia. Ada juga yang sujud dengan tidak melipatkan jari2 kaki mereka supaya menghadap qiblat sedangkan ia disebut dalam Fadhilat Amal. Dan ada juga yang melakukan perbuatan2 lain yang bertentangan dalam kitab tersebut. Ini tidak menjadi hal. Kerana karkun tak berminat membetulkan orang lain. Mereka hanya sibuk membetulkan diri mereka sendiri.
Di markaz Tabligh Kempas, JB, anda boleh melihat beberapa rumah milik karkun yang dibina dengan ciri Islamik. Bukan seni binanya akan tetapi ciri rumahnya. Dengan tandas di luar, iaini tidak sebumbung dengan rumah dan satu ruang menyidai pakaian di bumbung rumah. Ruang itu didindingkan dengan batu angin (batu2 berlubang) supaya orang luar tidak dapat melihat pakaian dalam milik wanita ahli rumah tersebut.
Bandingkan dengan cara kita sendiri. Bagaimana rumah kita? Tandas bukan setakat dalam rumah, malah dalam bilik tidur. Kalau menyidai pakaian, bukan setakat kain, dengan seluar dalam pun tertayang2 macam sotong kering. Sedangkan sesetengah ulama mengatakan pakaian dalam juga aurat wanita. Salahkah jika mereka sebenarnya cuba mempaktikkan ajaran yang diajarkan oleh Baginda saw?
Berkaitan dengan kitab Fadilat Amail atau Fazail-e-Amal, ia hanya kitab rujukan. Seorang karkun tetap meletakkan iman mereka kepada al-Quran. Memang ada hadith dhoif dalam kitab tersebut tetapi ia hanyalah sebagai penyokong kepada keterangan untuk hadith utama yang biasanya lengkap dengan perawinya. Mengapa kita mesti mempersoalkan orang yang mengejar jalan Allah? Mengapa kita tidak mempersoalkan diri kita yang lebih mengejar jalan dunia? Mengapa?
Hari ini, saya dengan rendah diri meminta rakan2 dan saudara2 yang membaca artikel ini, supaya berfikir secara matang sebelum bertindak menghina mereka yang berusaha menghampiri Allah. Nilaikanlah terlebih dahulu amal kebajikan yang kita lakukan sebelum kita mempersoalkan tindakan orang yang meninggalkan dunia hanya semata2 kerana Allah. Kiralah berapa banyak pengorbanan kita untuk Allah bebanding mereka.
Jika berjumpa dengan seseorang yang mengutuk Tabligh sambil mendakwa mereka cukup faham dengan pergerakan ini, yakinlah orang tersebut hanya menipu. Kerana jika dia kenal, dia tidak akan kritik malah akan turut serta. Kerana Allah telah membutakan hati mereka dan menarik kefahaman agama dari akal mereka, maka mereka akan berkata apa yang mereka rasakan benar walaupun hakikatnya adalah salah.
Jika kita tidak mampu meninggalkan nafsu kerana Allah, atau mengorbankan nikmat dan harta dunia pada jalan Allah, janganlah pula kita halang dan hina mereka yang mampu melakukannya. Sesungguhnya amal kebajikan mereka tidak akan sedikitpun mengganggu perjalanan kehidupan kita. Bahkan mungkin, dengan asbab amalan mereka, Allah memberkati hidup kesekalian umat muslim pada zaman kita.
Sekali lagi, saya amat2 berharap saudara2 yang dimuliakan Allah ini agar kita bersama2 membetulkan diri kita sendiri. Mungkin ilmu kita lebih dari mereka akan tetapi jika Allah tidak kurniakan kefahaman, tidak ada gunanya. Semoga dengan usaha memperbetulkan diri kita sendiri itu, Allah akan mengurniakan kejayaan untuk kita di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment