Sunnah Dan Qudrah Allah
Mungkin anda pernah menonton iklan di mana sebuah kereta Volkswagen yang baru sedang melalui sebuah stesen minyak di mana terdapat sebuah kereta Volkswagen Beetle yang buruk sedang mengisi minyak. Pemandu kereta baru ini tersenyum melihatkan kereta buruk tersebut. Akan tetapi senyumannya berubah apabila melihat kereta buruk tersebut tiba ke tempat lain terlebih dahulu daripadanya.
Jika sepintas lalu, iklan ini dirasakan cukup lawak. Mana mungkin sebuah kereta buruk boleh sampai dahulu dari sebuah kereta baru yang harganya melebihi RM200k. Tetapi bukanlah perkara yang mustahil sebenarnya. Kerana qudrah Allah melebihi segala2nya. Allah Maha Melakukan. Tidak ada yang mustahil di dalam dunia ini selagi dengan izin Alah. Inilah yang dinamakan sunnah dan qudrah Allah.
Sebagaimana gula. Sunnah Allah menjadikan gula adalah manis. Walau bagaimanapun keadaannya, gula adalah manis dan garam adalah masin. Tetapi, terdapat qudrah Allah di dalamnya. Berapa banyak gula yang diperlukan untuk memaniskan scawan air? Adakalanya 3 sudu gula sudah memadai. Kadangkala sehingga 5 sudu masih tidak manis2 lagi. Inilah qudrah Allah.
Contoh lain adalah air. Semua orang tahu bahawa air adalah menenggelamkan. Bagaimana pun pernah diriwayatkan bagaimana sepasukan askar pernah berjalan di atas air. Apabila mereka menemui sebatang sungai dan terpaksa menyeberanginya, maka ketua mereka telah meminta untuk setiap anggota bertaubat dari dosa2 yang besar. Oleh kerana kesemua mereka tidak mempunyai dosa2 besar, maka mereka telah bertaubat atas dosa2 yang kecil.
Kemudian mereka telah menyeberangi sungai tersebut dengan berjalan di atasnya. Ini bukan sihir atau mukjizat. Ini adalah perihal iman. Iman yang kuat di dalam hati yakin bahawa bukan air yang menggelamkan sebaliknya apa yang Allah izinkan semata2. Maka mereka mampu melepasi sungai tersebut tanpa jambatan dan tanpa tenggelam hanya kerana Allah telah mengizinkan mereka.
Dan sebenarnya terdapat banyak lagi contoh2 lain berkenaan hal ini. Apa yang kita rasakan pasti berlaku tiba2 terjadi sebaliknya. Kadangkala kita merasa pelik. Tetapi wajarkah untuk kita merasa pelik dengan kuasa Allah? Sepatutnya tidak! Sepatutnya kita sentiasa yakin bahawa Allah mampu melakukan apa2 sahaja yang Dia kehendaki. Dan sepatutnya sentiasa ada rasa membesarkan Allah di dalam hati kita.
Hari ini, kebanyakan dari kita meyakini bahawa yang mengenyangkan kita adalah makanan yang kita makan. Yang mengeringkan pakaian adalah sinar matahari yang terik dan yang menyara hidup kita dan keluarga kita adalah pendapatan hasil dari pekerjaan kita. Percayalah, sesungguhnya jika itu kepercayaan kita maka kita sebenarnya berkehendak kepada makhluk. Sedangkan kita hanya wajib berkehendak kepada Allah.
Apakah kita pasti makanan yang mengenyangkan kita? Bagaimana pula dengan keadaan apabila kita makan dengan terlalu banyak tetapi seketika kemudian kita lapar semula. Masihkah makanan tersebut mengenyangkan kita? Tentu sekali tidak. Kerana yang sebenarnya mengenyangkan kita adalah Allah. Makanan adalah asbab. Hanyalah sebagai perantara untuk membuatkan kita kenyang…
Begitu juga dengan perihal wang. Begitu lama kita begitu yakin bahawa pekerjaan kitalah yang menanggung kehidupan kita selama ini. Kerana itu, jika terjadi dibuang kerja atau apa, kita menjadi begitu risau, begitu resah. Sedangkan kata Nabi saw, Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Allah yang menurunkan rezeki. Bukannya pekerjaan kita. Pekerjaan yang kita miliki juga hanyalah suatu makhluk.
Sebagaimana yang terjadi kepada abang ipar saya, seorang pemain bolasepak professional. Apabila umurnya mencecah 33, dia mula bersara dan kemudiannya menjadi penganggur untuk suatu tempoh yang lama. Kakak saya begitu risau dengan keadaan begitu. Tetapi siapa tahu, dengan tidak semena2 kakak saya mampu membayar segala ansuran rumah dan belanja dapur mereka hanya dengan upah menjahit.
Berkat kesabaran, kita kehidupan mereka kembali pulih selepas abang ipar saya diambil bekerja di bawah FAM. Bukankah ini satu lagi bukti bukan kerjaya abang ipar saya yang menyara keluarga mereka selama ini? Dan, berkat kesabaran mereka akhirnya Allah telah mengurniakan abang ipar saya satu pekerjaan yang jauh lebih baik. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengasihani.
Inilah yang perlu kita yakini. Segala apa yang kita miliki, segala apa yang kita lihat, tidak mempunyai kuasa untuk melakukan apa2 pun. Sebaliknya Allah yang menentukan segalanya. Begitu juga kita sebagai suami. Apakah kita mampu mengawal tubuh kita? Kalau ada sesiapa yang berkata ya, cuba ambil contoh ini. Apakah anda mampu memandu dalam keadaan mengantuk? Apakah anda mampu menahan mata dari berkelip untuk sekurang2nya 10 minit?
Saya yakin tidak. Jadi sebenarnya kita tidak mampu menahan atau mengawal tubuh kita. Bagaimana pula kita katakan bahawa kita yang mengawal ahli keluarga kita? Bagaimana pula kita katakan bahawa kita yang memberi makan anak2 dan isteri kita? Sedang tubuh kita sendiri tidak mampu kita mengawalnya? Maka, apakah wajar untuk kita berasa gusar jika kita ditaqdirkan kita mati dahulu atau kehilangan kerja? Tentu sekali tidak.
Bukanlah maksudnya kita tidak perlu berusaha. Kerana “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan sesuatu kaum itu mengubah nasib mereka terlebih dahulu.” Berusaha itu wajib tetapi meletakkan seluruh harapan kepada usaha yang kita jalankan itu adalah haram. Wajib untuk kita berdoa kerana doa itu juga suatu usaha. Dan wajib untuk kita yakini bahawa qudrah Allah mengatasi segala2nya…
Maka hari ini, apa kita kita sematkan di dalam hati kita bahawa kita bukanlah apa yang ada di sekelilingnya kita yang menjadikan apa yang kita ada hari ini. Sebaliknya hanya Allah yang mampu berbuat begitu. Marilah kita yakini bahawa setiap dari kita tertakluk kepada kehendak Allah. Dan marilah kita berazam untuk tidak berputus harap kepada Allah jika berlaku apa2 yang tidak kita ingini terhadap kita atau ahli keluarga kita…
No comments:
Post a Comment