Dari Kerana Mata
Dari mana datangnya lintah,
Dari sawah turun ke kaki;
Dari mana datangnya cinta,
Dari mata turun ke hati.
Chewah chewah chewah… Berpantun pula pakcik Abu kita hari ini. Tak mengapa. Sekali sekala apa salahnya. Mengapa saya berpantun tentang cinta? Kerana itulah yang saya akan bicarakan pada kali ini. Tentang cinta. Masalah yang paling sinonim dengan remaja. Bukan setakat remaja, malah bapa² dan ibu² remaja juga kadangkala terperangkap dengan masalah yang satu ini. Lihat saja berapa banyak koleksi filem Melayu kita yang berpautan dengan topik cinta berjaya di pasaran seperti Cinta Kolesterol, Main-Main Cinta, Cinta Fotokopi dan bermacam² jenis cinta lagi.
Tidak dapat tidak, kepentingan unsur cinta dalam hidup kita memang diakui. Malah wujudnya lebih 20 bilion umat manusia pada hari ini juga bermula dengan satu kisah cinta agung Adam as dan Hawa. Jadinya soal cinta tidak harus menjadi satu topik yang asing kepada kita. Hanya setakat mana hadnya, itulah yang menjadi persoalan. Kerana keterlaluan dengan cinta boleh menyebabkan seseorang itu buta mata hatinya.
“Dari kerana mata… Yang mempunyai kuasa… Oh… Aku tergoda. Aku tergoda terkecewa. Dari kerana mata..." Begitulah lirik sebuah lagu klasik dendangan R. Azmi. Kisah berkisar tentang mata yang boleh menyebabkan hati seseorang itu terpaut kepada seorang yang lain. Atau dalam erti kata lain, perasaan cinta dan sayang akan wujud hanya sekiranya kita terpandang seseorang yang cantik, yang menarik sekurang²nya pada pandangan mata kita.
Benarkah begitu? Jika benar begitu, bermakna hak saya untuk bercinta telah dinafikan. Kerana rasanya paras saya tidak menarik mana. Dan jika benarlah seseorang itu akan tertarik kepada seorang yang lain kerana kecantikan rupa parasnya, sudah pastilah saya akan menjadi bujang trang tang tang sekarang ini. Akan tetapi jika hendak dikatakan tidak benar pula, terasa zalim juga. Kerana hakikatnya memang manusia mencari seseorang yang menarik perwatakannya.
Jadi sebenarnya memang benar cinta itu datangnya dari mata. Tetapi dari mata yang mana satu? Selain dua biji bola mata yang biasa, kita sebenarnya ada ‘sebiji’ mata lagi yang boleh melihat jauh lebih jauh dan jauh lebih mendalam akan sesuatu perkara. Itulah mata hati kita. Ya, mata yang letaknya pada hati. Atau apa yang sering saya sebut, melihat dengan mata hati. Sesungguhnya inilah sebaik² penglihatan.
Mungkin ada kalanya kita merasa pelik melihat seorang jejaka yang kacak tetapi pasangannya adalah wanita yang huduh atau sekadar adanya. Atau ada kalanya seorang wanita yang ‘cun melecun’ tetapi pasangannya pula seorang lelaki yang tidak ‘semenggah’ mana. Acapkali situasi ini mengundang fitnah. Iyalah. Masyarakat yang hatinya pernuh berisi dengan perasaan iri, dengan mudahnya akan menuduh si wanita itu lebih jatuh cinta kepada duit si lelaki.
Akan tetapi seringnya kita terlupa hakikat akan mata hati ini. Sebenarnya, suatu ketika dulu saya juga sering beranggapan begitu. Tetapi, sesuai dengan peningkatan umur, saya semakin mengerti bahawa mata hati sebenarnya mempunyai penglihatan yang lebih jelas. Sekiranya kita melihat seseorang itu dengan mata hati kita, menilai kebaikan dan sifat terpuji yang tidak nampak dengan mata zahir, mungkin, si huduh akan kelihatan sebagai manusia yang terindah sekali.
Allah menciptakan manusia ini dengan pelbagai kelebihan. Di antara kebanyakan makhluk Allah, kitalah satu²nya jenis makhluk yang diadakan ikatan perkahwinan. Lebih istimewa lagi, ikatan perkahwinan yang Allah kurniakan ini bukanlah sebuah ikatan yang tersimpul mati. Ianya boleh dibubarkan apabila kena pada syarat dan tempatnya. Dan sebagai lambang kebijaksanaan Allah, pembubaran ini di letakkan haknya pada sebelah tangan sahaja.
Kes perceraian yang semakin meningkat di semua negeri di Malaysia ini kerana apa ya? Jika kita kirakan, sepatutnya kita berasa pelik. Di zaman dahulu, ketika pasangan bercinta selepas berkahwin, mereka boleh hidup rukun hingga ke umur 70 tahun. Tetapi hari ini, di kala kita bebas memilih pasangan sendiri, jangka hayat jodoh menjadi semakin pendek. Apakah yang tidak kena pada masyarakat kita pada hari ini?
Sebenarnya, memilih jodoh sendiri adalah antara faktor yang meningkatkan statistik perceraian di negara kita. Antara faktor. Saya tidak katakan penyumbang tunggal. Mengapa? Salah satunya, kerana hal yang telah diutarakan di atas. Kerana melihat dengan mata zahir, bukan dengan mata hati. Mudahnya tertarik kepada yang cantik, yang tampan, yang menawan, sehingga keburukan perangainya kita sanggup anggap sebagai tidak apa.
Mata zahir biasanya terdorong oleh tarikan syahwat dan syaitan. Manakala mata hati pula dibimbing oleh iman. Mungkin kita memandang seseorang yang gemuk, pendek dan hitam sebagai jelek. Tetapi percaya atau tidak, jika si seseorang tadi seorang yang beriman dan baik hati, sering pula menghulurkan bantuan kepada kita, tiba suatu masa kita akan melihat dialah secantik² manusia yang wujud di alam maya ini.
“Kerana budi… Ku jatuh hati…" sebagaimana lirik sebuah lagu yang saya tidak ingat penyanyi dan tajuk lagunya. Benarlah itu. Seringkali juga kita terjatuh hati kepada orang yang banyak menabur budi kepada kita. Sehingga ada peringkat tersalah anggapan. Dek kerana selalu sangat termakan budi seseorang itu, kita lalu jatuh cinta kepadanya. Sedangkan hamba Allah tadi benar² membantu dengan hati yang penuh ikhlas.
Akan tetapi awas! Jangan terlalu gemar memakan budi. Bukan semua orang menabur budi dengan niat yang ikhlas. Ada juga yang berbuat sedemikian semata² sebagai umpan untuk menawan hati kita. Orang sebegini memang berbahaya. Takut nanti menepati peribahasa moden yang berbunyi, “makan budi, lama² tergadai body”. Pun begitu, janganlah kita cuba mempersoalkan keikhlasan seseorang yang berbaik hati mahu membantu kita.
Dalam berbicara tentang cinta dan budi ini, sebenarnya yang paling banyak menaburkan budi dan yang paling berhaq untuk dicintai hanyalah Allah swt. Dari hari kita di Loh Mahfuz, hinggalah hari kita dikumpulkan di dalam syurga kelak (insyaAllah), hidup kita sentiasa diselubungi dengan budi oleh Yang Maha Pemberi Rezeki. Setiap molekul oksigen, setiap titisan darah dan setiap saat yang kita miliki, segalanya adalah di atas budiNya semata².
Dan paling cantik, Allah tidak pernah menuntut apa² balasan di atas segala budi yang telah ditaburkanNya. Apa yang Allah mahukan hanyalah kita menyintainya dengan sepenuh hati yang ikhlas. Dan bukankah menjadi dasar mencintai untuk menuruti segala permintaan yang dicintai? Namun sayangnya begitu sukar untuk kita menyintai Allah. Sukar. Terlalu sukar. Selagi kita masih mengingkariNya, selagi itulah kita belum layak mengatakan kita menyintaiNya.
Mengapa ya? Apakah Allah tidak cantik? Sesekali tidak! Bahkan Nabi Muhammad saw yang pernah melihat zat Allah mengatakan tidak ada kejadian yang dapat menandingi keindahan zat Allah? Habis itu mengapa? Tidak lain tidak bukan hanyalah kerana kita telah melihat Allah dengan mata zahir, bukan dengan mata hati. Oleh kerana Allah tidak terlihat di hadapan mata kita, maka kita tidak dapat meletakkan cinta kita terhadapNya.
Ah… Dunia ini terlalu zalim terhadap kita kerana menghalang kita menyintai Allah dengan sebenar² cinta. Atau sebenarnya kita yang zalim terhadap dunia kerana sering meletakkan ia sebagai penghalang kita mencintai Allah? Wallahu’alam. Tidak sampai tahap kita untuk memikirkan tentang hal itu. Apa yang penting, sama²lah kita berdoa agar Allah membukakan mata hati kita untuk mencintaiNya dengan seikhlas hati kita…

1 comment:
salam..mohon di copy ya pantunnya..jazakallah khairan
Post a Comment