09 February 2006

AJL 20


Tak habis² isu penghinaan terhadap Nabi saw ini. Saya sendiri, dek kerana
terlalu memikirkan isu ini hingga kehilangan idea untuk menulis. Setiap
masa yang terlintas rasa kebencian terhadap kafir² durjana itu. Tambah
sakit lagi apabila mendapat tahu bahawa karikatur tersebut juga disiarkan
di Malaysia. Namun dengar cerita, pengarang Sarawak Tribune terbabit telah
pun meletakkan jawatan.

Letak jawatan satu hal. Tapi adakah memadai? Saya rasa, jika yang disiarkan
adalah karikatur Pak Lah memakai serban berbentuk bom, tentu² saja
pengarang itu telah diberkas di bawah ISA. Tetapi apabila menghina Nabi saw
begini, memadaikah dengan hanya meletakkan jawatan? Jika benar ianya
memadai, maka sebenarnya kitalah yang menghina Nabi Muhammad saw. Perasan
tak?

Belum habis kita berbicara tentang kebiadapan Denmark, muncul kisah Sarawak
Tribune. Kemudian, sedang sibuk mengutuk Sarawak Tribune, Anugerah Juara
Lagu ke-20 pula heboh diperkatakan. Ini pun satu hal juga lagi. Mengapa
mesti diadakan acara Red Carpet? Adakah dengan berbuat pendekatan sebegitu,
kita mampu menaikkan taraf kualiti muzik tempatan setara dengan calon² yang
bertanding di Grammy Award? Atau apa?

Benarlah seperti apa yang disebutkan oleh rakan² netters yang mengatakan
upacara seperti Red Carpet AJL20 menghina Islam. Ha... Ini lebih parah.
Bukan setakat menghina Nabi saw, bahkan menghina ajaran yang Baginda bawa.
Tidak perlulah kita soal tentang artis terbabit bersolat atau tidak. Cuba
lihat di rumah kita dahulu. Anak, isteri, adik beradik dan ahlul bait kita
yang lain. Takut² sama² bikin Red Carpet sendiri di rumah.

Suatu ketika dahulu, saya pernah menulis sebuah artikel dengan judul
Serangan 3S. Berbagai respon yang saya terima tetapi yang paling saya ingat
adalah seseorang yang katanya, kita tidak boleh sentiasa salahkan Yahudi
sebaliknya lebih baik salahkan diri sendiri. Mungkin hari ini beliau boleh
melihat sendiri bagaimana Yahudi menyusukkan jarum bagi menjauhkan umat
Islam dari ajaran Islam sendiri.

Mereka tidak perlu pujuk orang kita supaya buat anugerah seperti AJL atau
apa. Cukup sekadar mereka sendiri menganjurkan sebuah anugerah yang grand
seperti Grammy, Ammy, Academy, Oscar atau apa² lagi yang selalunya sentiasa
berjaya membuatkan orang² kita terpaku di hadapan televisyen. Sama ada
hendak menunggu keputusan atau sibuk melihat 'daging² percuma' yang
ditayangkan.

Lalu orang kita yang memang terkenal dengan sifat 'Pak Turut', segeralah
menganjurkan satu anugerah yang kononnya sama hebat dengan majlis anugerah
tadi. Asalnya majlis biasa² saja. Kemudian apabila semakin mendapat
sambutan, diubahsuai lagi supaya semakin menarik (ke neraka?). Dan lagi...
Dan lagi... Dan lagi... Hinggalah akhirnya majlis kita 'serupa tapi tak
sama' dengan majlis mereka (Yahudi).

Serupa dari segi... Mungkin propsnya. Atau mungkin hadiahnya. Tetapi yang
nyata sama ialah perangai artis² (terutamanya) wanita yang tanpa silu
mendedahkan dada, kaki dan sebagainya. Serupa betul kebogelannya dengan
artis barat. Yang tak sama adalah dari segi kualiti. Orang Barat sibuk buat
pasal filem volkano meletup, kita sibuk buat filem cinta anak kaya yang
terhalang kerana memilih anak orang miskin... Lantaklah!

Sesungguhnya maksiat itu adalah perkara yang amat seronok untuk dilakukan.
Tidak kiralah apa jenis maksiat pun. Berzina, berjudi, minum arak, mencuri
dan apa jenis maksiat atau dosa sekalipun. Maka sebab itu, jangan kita
berbuat walau sekecil² maksiat sekalipun. Seperti kata Allah, "Jangan
hampiri zina". Kerana berpegang tangan sahaja sudah boleh membawa ke lembah
penzinaan.

Begitu juga dengan maksiat² lain. Kerana perbuatan yang kecil ini boleh
menjuruskan kita kepada maksiat yang lebih besar. Oleh kerana itu, jika
kita hendak menghapuskan gejala zina, rogol, cabul dan sebagainya, maka
seharusnya kita tutup pintu serapat²nya dari apa² punca yang boleh
mendorong kita dari perbuatan keji tersebut. Jika benar kita serius ingin
menghapuskan gejala negatif inilah.

Malangnya, bukan setakat kita kita menghalang atau mencegah kemungkaran
ini, bahkan kita turut menggalakkannya. Para artis itu sudah satu halnya.
Memang sudah tertera di baju mereka "Rape me please". Yang kita seronok
menonton ini apa halnya pula? Puas menonton, kita pun keesokannya sibuk
bercerita dengan teman² kisah si artis yang namanya sekian sekian
berpakaian seksi habis. Kutuk bagai nak rak padahal kita tidak jauh
bezanya.

Apabila akhbar Denmark dan akhbar² Eropah yang menyiarkan karikatur
menghina Nabi saw, kita pakat boikot ramai. Dan apabila karikatur yang sama
disiar semula dalam Sarawak Tribune, kita kutuk habis² dan minta permit
akhbar tersebut ditarik balik. Yang peliknya, apabila TV3 menghina Islam
keseluruhannya, termasuklah memperlekehkan waktu solat Maghrib, kita
setakat cakap² belakang. Bolehkah begitu?

Mengapa tidak teringin pula hendak memboikot TV3? Bukan setakat TV3, semua
yang di bawah Media Prima. NTV7, 8TV dan termasuklah radio² mereka seperi
fly.fm dan hot.fm. Mengapa? Apakah kerana mereka ini Made In Malaysia maka
kita rasakan mengutuk di belakang sahaja sudah memadai? Atau apakah kerana
mereka ini orang (yang mengaku) Islam juga maka mereka dibenarkan berbuat
sesuka hati?

Kalau benar kita benci orang menghina Nabi saw, kita juga perlu membenci
mereka yang menghina ajaran Baginda. Tidak perlulah kita bakar Sri Pentas
seperti orang Syria membakar kedutan Denmark. Cukuplah jika kita ketepikan
siaran TV3 dan anak² buah Media Prima dari view list kita. Bukan setakat
rancangan hiburan tetapi termasuk juga rancangan lain seperti Buletin Utama
dan Bersamamu. Boleh?

Kata bidalan orang tua², kuman di seberang kita nampak. Tetapi gajah depan
mata kita tak perasan. Beginilah keadaannya. Seperti kita. Akhbar Denmark
menghina Nabi kita nampak tetapi media negara kita sendiri, sebuah negara
Islam (walaupun sekadar ada had dan pada hari² tertentu - Hadhari), kita
butakan mata. Kita marah tetapi seperti marahnya seorang kekasih. Bising²,
dipujuk sikit, lembut serta merta.

Selain media, elok jugalah jika kita turut perhatikan diri kita. Jagalah
penampilan diri sebagai muslim yang sejati. Bukan setakat penampilan yang
zahir, bahkan juga keperibadian kita. Sebagai muslim, janganlah kita sibuk
nak mengumpat orang. Atau berkepit jantan betina. Atau berpakaian yang
mengghairahkan. Atau waktu solat buat² lupa. Atau sebagainya. Kerana kita
mencerminkan apa itu Islam pada pandangan orang kafir yang sebenarnya.

Takut nanti, bila orang berdakwah terhadap yang orang kafir, mereka akan
kata "Saya tengok orang Islam pun ramai minum arak. Orang Islam pun ramai
yang suka mendengki, mengumpat, berzina dan macam² lagi. Apa beza dengan
kami?" Jika inilah yang terjadi, di manakah letaknya maruah kita sebagai
muslim nanti. Tidak terasakah di hati sebenarnya kita yang membantu mereka
itu mengina agama kita sendiri?

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Kisah 'menghina' Nabi ni mengingatkan aku pada 'supplier' aku. Dia kata "apasal dari dulu, i nak pegang u sikit pun tak boleh, skrg pun tak boleh ke?" Aku spontan jawab "tak boleh". "kenapa?" katanya. "Sebab i muslim & pegang u, i pulak dapat dosa". Dia kata "takde lah... tu org Melayu skrg takde itu macam ma.. mana2 pun boleh pegang...tu kat shopping complex, mana2 tempat pun nampak org Melayu boleh pegang itu jantan". Aduh!! Panas jugak hati bila dengar dia cakap camtu... Moral: kalau orang mengata orang Melayu, kita dah boleh panas hati... apatah lagi menghina Nabi...

Diari Abu Naqibah telah mula beroperasi semenjak 28 Disember 2005.