01 February 2006

Kerana Kehendak Nafsu


Lagi² kisah rogol. Lagi² kisah rogol. Letih saya membacanya di dada akhbar
tempatan kita. Jika sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita kes
rogol-bunuh seorang Eksekutif jualan berbangsa Tionghua, kini berita
kematian adik Syafiqah, pelajar tingakatan 3 di Sekolah Perempuan Sultan
Ibrahim (SIGS), Johor Bahru pula yang menjadi topik perbualan hangat di
kalangan masyarakat kita.

Maka berlumba²lah orang membuat analisis dan huraian fakta. Tidak kurang
yang telah membuat keputusan atau kesimpulan sebelum siasatan dijalankan.
Pihak polis juga mengatakan akan menubuhkan satu jabatan atau pasukan khas
untuk menyiasat kejadian ini. Persoalannya, mengapa baru sekarang? Apapun
langkah yang diambil, yang telah menjadi mangsa tetap menjadi mangsa.

Mengapakah boleh berlaku kejadian sehina ini di dalam masyarakat kita?
Mudah untuk membuat kesimpulan. Tudingkan saja jari² kita ke arah lelaki
yang merogol itu. Katakan bahawa mereka ini lemah sehingga gagal mengawal
nafsu sendiri. Akibatnya, orang lain menjadi mangsa. Atau untuk lebih kejam
lagi, kita salahkan sahaja mangsa yang bersendiri di waktu² yang berbahaya
seperti itu.

Tetapi, apakah kita mampu untuk menamatkan bencana ini hanya dengan mencari
kesilapan orang lain? Saya teringat ketika kes Gaik Yap baru terjadi, teman
saya yang berbangsa India menggeleng²kan kepala. Katanya mengapa begitu
zalim manusia hari ini? Setelah dirogol, dibunuh pula si mangsa. Lalu saya
katakan kepadanya, bahawa setiap rakyat negara ini bertanggung jawab atas
kejadian itu.

Lalu dia bertanya kepada saya mengapa. Mudah, kata saya. Kerana kita semua
menyokong pornografi. Kerana kita biarkan gambar² prono dan filem² lucah
berleluasa di negara kita. Kerana kita tidak punya rasa tanggungjawab
terhadap pembentukan generasi akan datang dan kerana kita hanya mengikut
hawa nafsu kita. Ya, kita. Kesemua kita. Bukan setakat perogol² yang
melakukan jenayah tersebut.

Nyata dia tidak bersetuju dengan saya. Katanya, dia juga menonton filem
lucah. Dia juga gemar melihat gambar² porno. Tetapi tidaklah sampai
merogol. Lagipun, katanya, di KL terdapat banyak pusat pelacuran. Pergi
sahaja langgan pelacur² itu jika sudah tidak mampu membendung nafsu lagi.
Atau mungkin boleh melintas sempadan, ke Siam untuk dapatkan pilihan yang
lebih pelbagai.

Itulah. Pendapatnya itu ada juga benarnya. Tetapi bagi saya, kita tetap
bersalah. Benar, teman saya mampu menahan nafsunya selepas menonton filem
lucah. Atau mungkin dia boleh 'melepaskan gian'nya kepada isterinya. Tetapi
itu dia. Bagaimana dengan orang yang tidak mampu menahan atau tidak ada
tempat untuk melampiaskan nafsu? Bagaimana dengan mereka? Ke mana hendak
mereka 'adukan nasib'? Di tandas? Tak cukup...

Hendak melanggan pelacur? Hei... Saya kira hampir semua orang tahu pelacur
itu kotor dan jijik. Mereka tahu risiko untuk dijangkiti penyakit itu cerah
dengan melacur. Lalu bagaimana? Inilah caranya. Dengan merogol, mereka
boleh dapat gadis yang cantik, 'bersih' dan paling penting, orang yang
secara logiknya dia tidak mungkin dapat dampingi jika setakat menggunakan
kaedah biasa.

Saya tidak menafikan kenaikan nafsu sebagai punca rogol. Tetapi nafsu itu
umpama lampu di siling. Ia tidak boleh menyala dengan sendirinya. Perlu ada
suis yang mengawalnya. Di manakah letaknya suis itu? Tentu sekali di otak
kita. Lalu bagaimana suis itu dihidupkan? Adalah dengan mengkhayalkan atau
membayangkan adegan berahi. Dan pertanyaan berikutnya, bagaimanakah adegan
berahi itu boleh menjelma dalam kotak pemikiran?

Salah satunya adalah filem dan gambar pronografi. Seorang lelaki yang
sihat, pastinya akan terbangkit syahwatnya melihat gambar dan aksi
mengghairahkan. Maka kerana itulah kita harus hentikan penjualan benda²
tidak senonoh ini. Tetapi bagaiamana? Setelah serbuan demi serbuan
dijalankan, tetap ada yang menjualnya. Di sinilah letaknya salah kita.
Mengikut hukum pasaran, bila saja ada permintaan, pasti akan wujud bekalan.

Disebabkan masih ramai di kalangan kita yang mahu menonton filem lucah,
maka vcd lucah akan tetap dijual. Jika tidak dapat dijual secara terbuka
seperti dulu, mereka datang pula secara perseorangan dengan berbekalkan
katalog. Kerana bagi mereka (penjual filem lucah), apa yang penting adalah
keuntungan. Jika vcd lucah tidak laku di pasaran, apakah anda fikir
pengusaha itu akan sanggup bersusah payah untuk menjualnya?

Maka kerana itulah kita mesti segera berhenti menonton segala bentuk
pronografi. Segala bentuk. Mesti! Jangan lagi ada fikiran 'Oh! Saya mampu
mangawal nafsu saya. Tidak mengapa...' bermain di minda kita. Jika kita
pandai memandu, janganlah fikir semua orang di atas muka planet ini juga
pandai memandu. Tentu masih ada yang tidak pernah pegang stereng. Atau yang
boleh memandu tetapi kereta yang dipandunya masih tersengguk².

Bagi yang tidak menonton, jangan fikir anda tidak terlibat. Tanyalah diri,
apakah yang telah anda sumbangkan untuk memberhentikan gejala ini?
Terkadang kita biasa melihat peniaga² yang tidak bermoral ini di pasar²
atau di kompleks² membeli belah. Apakah tindakan kita? Cukup sekadar
menyumpah di dalam hati? Tentu sekali tidak. Bagaimana dengan rakan² yang
giat menyebarkan maksiat ini? Apa usaha kita ke atas mereka?

Dan selain pronografi ini, punca² juga mungkin terdiri dari akibat kaum
hawa sendiri yang sering berbangga menunjukkan bentuk tubuh mongelnya ke
hadapan lelaki. Ini pun satu bencana juga. Entahlah. Bagi saya mengahwini
perempuan seksi ini merugikan. Sama seperti membeli display item. Orang dah
biasa pegang dan tengok. Jadi apa maknanya wang hantaran yang mahal² itu?

Ada perempuan yang mengatakan, seksi atau tidak itu urusan mereka sendiri.
Benar begitu? Tidak. Sama sekali tidak! Ingat, apabila ada lelaki yang naik
ghairah melihat anda, kemudian lelaki itu gagal menahan nafsunya dan
menjadikan wanita lain sebagai mangsanya (kerana mungkin anda payah untuk
dihampiri), maka sedarlah bahawa anda adalah antara punca mangsa tersebut
dirogol. Bagaimana? Masih mahu berpakaian seksi?

Dan satu lagi faktor, yang mana bagi saya sebagai faktor terpenting, adalah
perihal pendidikan atau ilmu agama. Mengapa orang tonton video lucah,
mengapa pual ada yang menjualnya dan mengapa perempuan sanggup mendedahkan
tubuhnya, semuanya berpunca atas sebab rendahnya kefahaman agama dalam diri
masing². Mungkin kerana kurangnya kepercayaan terhadap hari pembalasan.
Atau sebagainya.

Maka di sinilah letaknya peranan kerajaan. Cukup²lah mengejar kemajuan.
Hari ini, anak² kita diajar untuk menjadi saintis. Diberi pendidikan asas
sains malah diajar matematik dalam bahasa penjajah semata² untuk mewujudkan
sebuah masyarakat yang berdaya saing dan mampu memenuhi pasaran buruh dunia
sekaligus memajukan negara. Akan tetapi apakah kita mahu lihat anak² kita
menjadi saintis bermoral rendah?

Saya tidak menolak kepentingan pendidikan duniawi. Tetapi rasanya
mengenepikan pendidikan agama bukanlah satu tindakan yang bijak. Sayangnya
tindakan yang tidak bijak itulah yang sedang kita amalkan. Lihatlah di
Johor, kerana latihan sukan maka pelajar terpaksa tinggalkan sekolah agama
di sebelah petang. Dan kerana kelas tuisyen, pelajar kehabisan masa untuk
mengaji al-Quran.

Kita sudah tersimpang jauh dari ajaran Rasulullah saw. Mungkin inilah
bencananya kerana memberikan orang yang bukan ahli mentadbir negara. Saya
masih berharap satu hari nanti sistem pemerintahan Islam yang sempurna akan
terbentuk juga, bukan setakat di sini malah di seluruh dunia. Saya percaya
Allah akan menolong cita² murni kita ini jika kita benar² ikhlas mahu
menolong agamaNya.

Dan di kala pemerintahan bercorak Islam yang sebenar muncul, wanita² tidak
lagi perlu risau berjalan seorang diri. Sang peniaga tidak perlu bimbang
meninggalkan perniagaannya untuk bersolah jamaah dan pihak berkuasa tidak
perlu terkejar² ke sana dan ke sini bagi membanteras pengedar² video lucah,
pelacur ataupun pelaku maksiat. Apakah mungkin ini semua boleh terjadi?
Hanya Allah ada jawapannya...

Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari
urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa
nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya mereka sekali-kali
tidak akan dapat menolak dari kamu sedikit pun dari (siksaan) Allah, dan
sesungguhnya orang-orang yang zalim itu sebagian mereka menjadi penolong
bagi sebagian yang lain, dan Allah adalah pelindung orang-orang yang
bertakwa. (Quran Surah al-Jaatsiyah 45:18 & 19)

No comments:

Diari Abu Naqibah telah mula beroperasi semenjak 28 Disember 2005.