Lanjutan 30 Sen Lagi...
Assalamualaikum warahmatullah...
Saya tidak bercadang hendak membuat posting penuh mengenai isu ini lagi.
Disebabkan hambatan tugas dan tugasan. Cuma... Ada beberapa perkara yang
saya terfikir ketika membaca emais dari teman² yang lain.
Sesungguhnya saya sudah lama meragui 'kesucian hati' para pemimpin kita
untuk benar² membantu rakyat. Kerana itu saya sebagaimana kebanyakan rakyat
Malaysia yang lain bertanya mengapa kenaikan kali ini terus 30 sen? Setelah
saya timbang (kilo dan kati), akhirnya saya berpendapat begini; trend
semasa menunjukkan ada penurunan pada harga minyak dunia.
Jika trend ini berterusan, tidak mustahil harga minyak boleh jatuh serendah
USD55 sebarrel. Jika benar ini berlaku, maka alasan KERAjaan untuk
menaikkan harga runcit minyak selepas ini akan musnah. Disebabkan keadaan
ini, maka hendak atau tidak, sebelum terlewat, mereka perlu menaikkan harga
minyak sementara harga minyak dunia masih mahal.
Maka selepas ini, apabila harga minyak turun semula, keuntungan yang akan
diperolehi oleh KERAjaan bukan lagi RM4.4b tapi sebaliknya lebih itu. Jika
ketika harga minyak sebanyak USD62 sebarrel, dengan harga runcit sekarang
KERAjaan boleh jimat RM4.4 bilion, bayangkan bila harga turun ke USD55
sebarrel. Tentu berlipat kali ganda.
Saya gelihati apabila mengenangkang nasihat pemimpin KERAjaan yang meminta
rakyat menukar cara hidup dan cara perbelanjaan bagi mengatasi masalah
kenaikan harga minyak ini. Pelik. Mengapa rakyat? Mengapa tidak KERAjaan
menghentikan seketika projek² pembangunan yang ada bagi mengalirkan dana
bagi membantu rakyat yang terbeban kesan kenaikan ini?
Bagaikan seorang bapa yang mempunyai sebuah perniagaan kedai makan. Dai ada
sedikit wang tambahan untuk membesarkan kedai. Namun begitu, anaknya
memerlukan duit untuk menyambung persekolahan. Manakah yang wajar? Apakah
wajar si bapa meminta anaknya berhenti sekolah supaya dia boleh
membelanjakan duitnya untuk membesarkan kedai?
Begitu juga dengan pembangunan. Memang difahami, sebagai contoh jambatan
serong di Tambak Johor, mampu mengumpan peningkatan ekonomi. Tetapi, dalam
kegawatan seperti ini, bukankah lebih baik peruntukan itu dibelanjakan
untuk yang lebih bermanfaat kepada rakyat. Projek itu bukankah boleh
dilaksanakan kemudian? Atau sebab Pak Lah nak jambatan itu di buat di
zamannya? Atau... Kontraktor itu saudaranya? Wallahu'alam.
Bagaimana pula seorang bapa yang berkata kepada anaknya bahawa dia tidak
mempunyai wang untuk membelikan mereka baju dan buku. Terpaksalah anaknya
menggunakan baju dan buku lama ke sekolah. Namun dalam begitu, si bapa
boleh pula membeli telefon bimbit baru. Baikkah bapa sebegitu? Jika tidak,
mengapa masih menganggap pemimpin yang menaikkan harga runcit petro dengan
alasan KERAjaan tidak mempunyai duit, tetapi dalam masa yang sama menaikkan
gaji para menteri sebagai baik? Ini KERAjaan haprak! Jika benar wujud
Melayu haprak, itulah mereka yang duduk di singgahsana di Putrajaya. Jika
benar wujud 'Kaduk naik junjung', itulah dia barisan kabinet kita.
Saya teringat pada suatu kursus yang saya hadiri baru² ini. Seorang teman
membangkitkan mengapa harga minyak di Terengganu lebih mahal dari KL
sedangkan Terengganu adalah negeri pengeluar minyak? Jika alasan perjalanan
lori yang lebih jauh dari PD ke KL diambil kira, bukankah Terengganu juga
mempunyai loji penapisan sendiri?
Tuan instruktur secara berseloroh mengatakan mungkin kerana rakyat
Terengganu kaya. Bukan, kata teman saya. Kerana orang Terengganu bodoh!
Lalu suasana di dalam kelas dipecahkan dengan gelak tawa. "Orang asli beli
Maggi RM2.50 sebungkus bukan sebab dia kaya. Tapi sebab dia bodoh. Dia tak
tahu harga sebenar Maggi tu tau!" Tambah teman saya lagi.
Maaflah orang Terengganu. Sebenarnya yang mengeluarkan kenyataan tersebut
sendiri adalah orang Terengganu. Apa yang ingin saya kaitkan di sini
adalah, realitinya KERAjaan takkan sudah² menipu kita kerana mereka begitu
yakin kita ini orang yang bodoh. Mereka yakin, jika mereka kata KERAjaan
sudah tidak mampu menanggung beban subsidi minyak, kita akan percaya secara
membuta tuli.
Dan memang ada yang percaya. Ha... Memang bodoh betullah tu. Ehem...
Maaflah. Saya teremosi. Cuma saya terasa pelik dengan sesetengah orang kita
yang tidak nampak² kenyataan yang terjadi. Masih lagi hendak percaya kepada
si durjana yang maha hebat penipuannya ini.
Hari ini (3 Mac 2006) akan ada perhimpunan secara aman menentang kenaikan
harga minyak. Saya ingin turut serta sayangnya saya sedang berada di tengah
lautan. Saya cuma berharap perhimpunan ini mendapat sambutan. Tunjukkan
kepada KERAjaan kita tidak bodoh. Jika kita tunduk juga, memanglah...
Tok Lah, Tok Jib, kalau rasa tak mampu nak atasi kenaikan harga minyak,
anda tidak layak memerintah. Sila turun takhta. Ada ramai lagi manusia yang
lebih alim dan arif cara mengurus dana HAK RAKYAT, BUKAN HAK KAMU! Mereka
lebih bijak dan lebih Islamik. Kalau setakat naikkan harga minyak untuk
balancekan belanjawan, Aiman Tak Kisah pun boleh fikir nak buat begitu.
2 comments:
Ya, memang kenaikkan harga ini dirasai dan dimarahi oleh semua rakyat msia...tetapi saya kurang setuju kutukan dikenakan ke atas kerajaan.
Saya setuju dengan saranan kerajaan agar kita lebih berjimat cermat. Well! Apa salahnya dengan pergi kerja berbasikal? Kebetulan di tempat saya ada 2 japanese. They cycle to work... Kenapa? tak cukup ke gaji mereka? (as we know, foreigner yg kerja kat sini get well pay) ... I wondering why but never asked them... Malu gak nak tanya...bcoz cycling to work is not prohibited as long as you can get to your workplace right on time!
Back to economic wise...basic selling price is determined by demand and supply... Kalau kita tgk skrg ni kat msia, satu rumah (yg berpendapatan sederhana)ada sekurang kurangnya 1 butir kereta. Kalau yang well-off sikit sekurang kurangnya 2 butir kereta. Student IPT pun almost a half or even greater ada kenderaan... Beza dgn masa saya study pra-U dulu (awal 90-an). Masa kat UK dulu almost all students walking or using public transport to campus...Yea! Right! Bless to their weather!
Some people very against to the govt mega projects! But I found, it is rahmat to me!
Masa economy slumped down tahun 1997...saya bru grad...Jobless for 7 months...but the job opportunities masa msia nak bina putrajaya sgt byk....and I was the one who got the chance...Alhamdulillah! Memang masa tu just grabbed the job without thinking how to go to work yang masa tu kat site office.Dah lah dari keluarga sederhana yang ibu bapa pencen that can't afford to provide her daughter a car. My parents convinced me Allah will help you in finding way! Alhamdulillah...there were ways....
The point here always bersyukur dan berserah to our Almighty god, ALLAH!
Okay wish to write long but my duty to be done first...
saudara ke tempat kerja berbasiakl ke...jgan bandingkan malaysia dengan UK..saudara dekat malaysia sekarang...kalau dah jarak tempat kerja tu jauh sampai 30km dari rumah saudara sanggup ke nak kayuh basiakal..kalau orang tu ade semput..tak ke mati tengah jalan je..
Allah suruh hamba Dia berusaha dulu sungguh2 baru berserah..jangan nak jadi golongan Qadariah dan Jabariah yang sesat tu..
kita rakyat ni biar ade maruah diri skit..jgan bagi orang pijak kepala kita..
Post a Comment