Kontroversi Setahun Yang Lepas
Malam tadi saya sempat menonton sekali lalu rancangan Resume Mawi. Sebuah rancangan yang berkonsepkan realiti. Sebuah pertandingan bagi merebut jawatan sebagai Pembantu Peribadi atau PA (Personal Asisstant) kepada penyanyi yang tersohor ini. Begitu hebatnya aura Mawi sehinggakan walaupun hadiah yang ditawarkan tidak begitu lumayan, sambutan penyertaan adalah amat menggalakkan.
Aura Mawi sememangnya hebat. Maka kerana itu, dalam masa kurang dari setahun, Mawi telah melayakkan diri untuk digelar sebagai juwatan. Mungkin ketika ini Mawi sudah mampu menutup mulut kebanyakan orang yang mengkritik ketika awal pembabitannya dulu. Dan tidak dapat dinafikan, Mawi banyak terhutang budi kepada Akademi Fantasia yang telah melahirkannya ke dunia seni hiburan tanah air.
Bercakap tentang Akademi Fantasia (AF) ini, tentu kebanyakan dari kita masih ingat, bagaimana ketika awal ribut Tsumawi melanda dahulu (sekitar Jun 2005), inilah rancangan yang paling banyak menimbulkan kontroversi. Dan tidak dapat juga untuk dinafikan, kehadiran Mawi yang dilihat sebagai berimej ‘Mat Surau’ banyak menyumbang kepada situasi ini.
AF dilihat sebagai sebuah rancangan yang berunsurkan maksiat (walhal hampir kesemua rancangan televisyen tempatan berunsurkan maksiat) dan dikatakan merosakkan sebilangan besar remaja Melayu yang sepatutnya muslim. Lebih memilukan, apabila AF telah menukarkan si Mat Surau, yang berasal dari Felda sebagai mamat dari kota kosmopolitan.
AF telah, secara sengaja, menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Pelajar AF juga dipaksa untuk bepegangan tangan dan kadangkala si lelaki terpaksa mengangkat atau mendukung pelajar perempuan. Maka tidak hairanlah jika rancangan ini dikritik di sana dan sini. Malah ada juga suara yang meminta agar program ini dihentikan serta merta bagi menjaga kehormatan dan kesucian agama rasmi negara.
Akan tetapi itu setahun yang lalu. Kini Mawi telah diterima oleh masyarakat peminat seni. Gelaran demi gelaran dan anugerah demi anugerah telah Mawi perolehi. Malah ada yang mengutuknya dahulu kini mengaku sebagai peminat. Benarlah, Melayu mudah lupa. Biarkanlah. Saya rasa adalah lebih baik jika Mawi yang menjadi ikon remaja daripada kebanyakan artis lelaki yang ada sekarang ini.
Namun yang menyakitkan hati ialah, suara² yang berkumandang tidak lebih setahun yang lalu, yang meminta agar Akademi Fantasia ditutup, hari ini menutup mulut mereka. Tidak terdengar lagi laungan yang mereka katakan sebagai amr bil ma’ruf, nahi ‘anil mungkar. Mengapa ya? Adakah kerana AF sudah tidak lagi bekumandang di udara? Atau kerana Mawi bukan lagi salah seorang pelajar AF?
Sedangkan, pada saat ini, AF sedang giat mengadakan ujibakat untuk mencari pelajar baru untuk sessi terbaru mereka iaitu AF4. Di manakah suara² yang meminta rancangan ini diberhentikan tahun lalu berada sekarang ini? Bukankah ini waktu yang terbaik untuk melaungkan laungan ini? Apakah telah menjadi resam kita untuk tengadah hanya selepas terhantuk?
AF4 yang akan berlangsung kemungkinan dalam bulan Jun nanti, rasanya tidak jauh beza dari sessi² yang sebelumnya. Jadi, apakah wajar untuk kita berdiam diri? Kita masih tidak tahu siapa yang akan menyertai dan apakah perubahan yang akan diadakan oleh pihak penerbitan dalam AF4 nanti. Tetapi, adalah tidak mustahil jika perkara yang sama di dalam AF3 berulang sekali lagi.
Mungkin untuk sessi kali ini kita akan melihat bagaimana seorang perempuan bertudung dijulang, atau bahasa yang lebih kasar, dipegang punggungnya oleh lelaki yang bukan Islam. Apakah kita bersedia untuk melihat adegan yang seperti ini? Dan apakah kita juga telah bersedia untuk melihat masyarakat Melayu yang rata²nya berpendapatan cukup² makan berhabisan untuk mengundi pelajar pujaan mereka?
Pelik saya. Sedang promosi ujibakat AF 4 sibuk dijalankan, sehingga hari ini, belum lagi kedengaran suara² yang menentang dan menuntut program AF dipadamkan terus dari skedul siaran Astro Ria. Hendak tunggu apa lagi? Hendak tunggu sehingga Mawi kedua muncul baru hendak tentang? Atau kita hendak lihat terlebih dahulu bentuk maksiat yang berlaku sebelum memulakan operasi penentangan? Atau apakah telah ramai yang sebenarnya terpikat dengan rancangan ini?
Lalu penentang pada tahun sudah untuk apa? Apakah kita menentang AF kerana maksiat yang dibawa oleh mereka atau sebenarnya kita cemburu dengan kejayaan Mawi? Jika Mawi yang ditentang, maka jadilah ia sesuatu yang sia² kerana Mawi telahpun menjadi kaya raya pada hari. Tetapi seandainya penentangan itu ikhlas bagi mencegah kemungkiran, mengapakah ianya masih belum dimulakan lagi?
Sebenarnya Allah menekankan pencegahan lebih daripada pembetulan. Kerana itu di dalam al-Quran Allah Allah melarang kita mendekati zina. Itukan perbuatan mencegah? Bayangkan, jika zina sudah dilakukan, apakah langkah² pembetulan yang dapat diambil? Begitu juga dengan hukuman lain. Semuanya adalah sebagai pencegahan, bukan pembetulan.
Jadi, bukankah lebih berkesan untuk menghalang AF dari berlangsung daripada terus terusan mengkritik rancangan ini dan meminta agar ia diberhentikan selepas ia dilaksanakan? Apakah ini menunjukkan bahawa keikhlasan kita dalam laungan mencegah kemungkaran hampir setahun yang lalu boleh diragukan? Maksud saya, kita lebih berminat Mawi disingkirkan daripada melihat AF sendiri yang ditiadakan.
Atau mungkin sebenarnya kita sedang sibuk berbicara tentang Anugerah Juara Lagu dan Bintang Popular yang baru berlangsung hinggakan terlupa satu lagi kemungkaran akan dimulakan? Atau mungkin kita masih lagi letih mengeluh dengan kenaikan minyak sebanyak 30 sen seliter sehingga kita tidak lagi hairan dengan perkembangan lain dunia sekeliling?
Saya tidak membenci Mawi. Malah saya pernah menulis satu artikel yang berbunyi seolah² saya meminatinya. Tetapi yang salah tetap salah. AF tidak patut dibiarkan berterusan. Jadi, apa kata jika hari ini juga kita mulakan kempen kesedaran agar orang ramai tidak memberikan sokongan kepada AF4. Bukan setakat AF4, malah kesemua rancangan berbaur maksiat termasuklah Malaysian Idol dan lain²nya.
Kita tidak perlu tunggu sehingga seorang lagi Mat Surau menyertai AF4 untuk memulakan penentangan ini. Perjuangan harus konsisten. Penentangan ini juga satu perjuangan. Jika tahun lepas kita terlewat, maka sebaiknya tahun ini kita mulakan secepat yang mungkin. Jangan nanti rumah telah siap, barulah pahat hendak berbunyi. Takut nanti orang kata rumah berhantu pula…

No comments:
Post a Comment