04 May 2006

Lanjutan Artis Kita...


Seperti yang saya jangkakan, posting terakhir saya berjudul ‘Artis Kita…’
akan mendapat banyak reaksi. Pada awalnya saya menjangka ramai yang akan
menghentam saya kerana ‘bunyi’ email tersebut seakan² jelas ‘keMawiannya’.
Tetapi beberapa respon terawal yang saya terima adalah sebaliknya. Rupanya
ramai yang bersetuju dengan apa yang saya tulis.

Tetapi kemudian saya dihubungi oleh ‘seseorang’. Menurut ‘seseorang’ ini,
sesuatu yang bertentangan pula berlaku di ruang chat (cbox) di blog saya.
Di situ, saya bukan sahaja dikritik bahkan pula dihina dan dicerca. ‘Stupid
, memalukan, cermin diri’ dan berbagai lagi. Terkejut juga saya. Saya
tanyakan apa yang mereka marahkan sangat itu? Rupanya kerana saya katakan
Dayang Nurfaizah berpakaian seperti hindu.

Untuk pengetahuan, tatkala saya berada di laut, saya tidak ada kebolehan
untuk mengakses blog saya. Jadi saya percaya apa sahaja yang
disampaikannya. Tambah lagi ‘seseorang’ itu adalah orang yang sangat saya
percayai. Dan sudah pasti saya amat kecewa dengan respon yang sebegitu.
Bukan kerana tidak boleh dikritik tetapi kerana asas untuk mengkritik
tulisan saya itu cukup menyedihkan.

Sebelum saya meneruskan tulisan ini, sukalah kiranya saya untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi mengunjungi blog saya,
sekiranya mereka masih mahu membaca lagi posting di sini. Sungguhpun saya
menghargai kesudian mereka membaca posting di blog ini, tetapi saya tidak
bermaksud untuk menukar prinsip saya demi menjaga hati mereka.

Sebenarnya saya jadi tidak faham bagaimana ada orang yang boleh membela
perlakuan oleh Dayang itu. Entah di mana eloknya saya sendiri tidak tahu.
Baiklah, jika benar pemasangan aksesori di kepalanya tidak dikaitkan dengan
agama Hindu, pendedahan rambut dan kulit bahu dan dadanya tetap perkara
yang salah. Atas hujjah apakah mereka hendak membela perlakuan sebegitu?

Kata ‘seseorang’ itu lagi, ada yang berkata (lebih kurang) begini, apa yang
dipakai oleh Dayang hanyalah sekadar fesyen. Patutlah orang Melayu tidak
maju bla… bla… bla… Saya tidak tahu dimanakah boleh dikaitkan kemajuan
dengan fesyen. Saya tidak pasti pula penduduk negara maju perlu berpakain
yang ekstrem dedahannya untuk memperlihatkan kemajuan mereka.

Tetapi jika kemajuan bererti kita perlu meninggalkan hukum yang diturunkan
oleh Allah sebagai pelindung kepada kita, apakah kita perlukan kepada
kemajuan sebegitu? Tidak! Bahkan jika itulah kemajuan, kita perlu
menentangnya kerana sebarang perbuatan yang dilakukan yang menyalahi dari
apa yang Allah tentukan adalah satu perbuatan menghina Allah, kitab dan
Nabi Muhammad saw.

Saya pernah menulis tentang Asha’ari Muhammad dan saya dikritik oleh
pengikut Arqam. Saya terima. Kemudian saya menulis tentang Islam Hadhari
dan dikritik lagi. Kali ini oleh pendukung Umno pula. Masih juga saya
terima. Dan apabila saya menulis tentang kenaikan harga minyak, saya
dituduh sebagai penyebar propaganda. Tetap juga saya terima.

Kerana bagi saya kesemua isu di atas timbul akibat salah faham. Walaupun
saya berdiri di atas hujjah saya sendiri, tetapi masih wujud kemungkinan
saya di pihak yang silap atau mungkin juga penulisan saya yang keterlaluan
yang menjadikan pihak dikritik atau penyokong mereka sukar untuk menerima.
Keadaan seperti ini tidak sukar untuk difahami bagi saya.

Tetapi apabila saya menulis tentang pendedahan aurat besar²n sebegini dan
dikritik pula, walaupun tidak seteruk mana agaknya, saya tidak dapat
menerima. Kerana apa yang saya tuliskan kali ini adalah apa yang jelas
telah diajar di dalam Islam. Larangan mengikut perbuatan orang² kafir dan
perintah menutup aurat. Apakah, al-Quran telah dipinda hingga menutup aurat
bukan lagi satu kewajipan?

Dan atas dasar apakah Dayang menjadi sebegitu hebat sehingga boleh menjadi
asbab untuk orang mengingkari dan mempersoalkan hukum yang telah Allah
berikan? Percaya atau tidak, menurut Islam wanita tidak memerlukan sebarang
aksesori di rambut mereka kecuali tudung? Jadi benar atau tidak jika
meletakkan aksesori di rambut itu meniru perbuatan kaum atau penganut lain?

Begitu juga dengan bertindik hidung. Mungkin kerana telah jadi kebiasaan
maka perkara songsang ini kita telah lihat sebagai ‘tidak apa’. Sedangkan
yang salah tetap salah. Bagaikan kisah sang guru yang melakukan satu
permainan kapur dan pemadam dengan anak muridnya. Mulanya si murid sukar
untuk menyebut kapur sebagai pemadam tetapi lama-kelamaan mereka menjadi
biasa…

Pakaian sebenarnya mencerminkan keperibadian seseorang. Sebagaimana kisah
seorang Badwi yang datang berjumpa Baginda memakai pakaian yang dibuat dari
kain sutera mahal saw lalu mencaci Baginda. Para sahabat mulanya hendak
menghalau tetapi Nabi saw menghalang. Setelah selesai Badwi itu berbicara,
Nabi saw katakan “Sesungguhnya pada pakaianmu terlihat kebodohanmu”.

Maka atas ini, bukankah ianya menunjukkan betapa pentingnya kita untuk
menjaga penampilan kita sebagai muslim? Bukanlah bererti kita mesti
sentiasa memakai jubah (walaupun itu yang afdhal) tetapi yang paling
penting kita mesti menutup aurat. Jadi dapatlah dibezakan orang yang Islam
dengan orang kafir. Kalau orang Islam sudah kelihatan seperti orang kafir,
apakah gunanya perbezaan agama itu?

Ini bukan masalah kecil. Masalah pendedahan aurat sudah semakin menjadi².
Artis yang terlibat bukan hanya Dayang Nurfaizah bahkan hampir kesemuanya.
Cuba lihat akhbar sisipan Hip bertarikh 2 Mei 2006. Lihatlah bagaimana
pelakon Fasha Sandha mempamerkan pehanya yang gebu. Telan air liur juga
saya melihatnya. Tidakkah kita malu membela perbuatan orang yang
membelakangkan hukum Allah seperti ini?

Kepada anda yang tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis ini, saya
pohonkan kemaafan. Namun bagi saya yang salah tetap salah. Anda berhak
untuk tinggalkan blog ini. Anda juga berhak untuk berkempen supaya tidak
ada lagi orang yang mengunjungi blog ini. Saya bukan menulis kerana hendak
mendapatkan keuntungan. Kerana itu tidak ada ruang iklan di dalam blog saya
ini.

Jadi sama ada anda berminat untuk membaca atau tidak, itu tidak menjadi hal
pada saya. Saya menulis bukan setakat untuk mengingatkan bahkan juga agar
diingatkan. Tetapi bukan ingatan yang boleh merosakkan aqidah sebegini.
Sekali lagi, terima kasih atas sokongan selama ini. Tetapi saya tidak mampu
menulis seperti yang anda harapkan jika ianya bukan pada jalan yang haq…

p/s: Kalau nak pilih nick, kalau pun geram, janganlah sampai boleh
merosakkan aqidah. Mengaku diri Hindu boleh menggugurkan iman.
Astaghfarlah…

13 comments:

Anonymous said...

Adik mengikuti penulisan abang.Kali ini ramai yang terasa panas dan melatah tanpa rasional.Bagi adik,teruskan perjuangan abang.Yang salah tetap salah,niat bukan alasan untuk menghalalkan cara.Adik.

Anonymous said...

eh budak u org suka ka bila kitorang cakap bout islam... kita kutuk islam u nak tak... u punya pemimpin all surh org luar hormat isla... but u org kutuk agama lain.. cipan betul laa..wat is ur problm wit hinduism... u jealous sbb hinduism buka ruang utk islam or u jz tak puas hati cos hindus are far more bettr than muslims in ths wolrd... fuck off u son of bitch... hina sanagt masuk hindu??? lu punya tok nenek semuo hindu laa... S>A>W pun hindu juga sblm tipu org dpt wahyu konon... n u muslims tak pernah mengaku... dah laa agama yg terlambat.. pastu cakap the 1 came b4 them semuo tak betul.. diorang je betul ... betul puki mak kau....

BMahendran said...

hahaha hi brothaa~~
best aa spam kat blog ngko. cos i am tempted to write in english but takut ur simple stupidity might not be able to handle or decypher it.
ngko kan.dah bodo nak buat2 bodo lagi..kaver line konon

org marah coz ur are calling other religion bad names, bukan sbb nak sokong dayang..tu la..u n ur stupid brains. u just cant think. mesti ko dok gembira ramai org layan ur blog..misti kan..wahahha
sure ur traffic menaik..misti ko dah kembang..hahaha poodah~

at a time wen ppl of different religion cherish the moments of their diferences, u keep on banging ur balls alone.haha tu la..aku dha kata last time, ur simply er..uncivilized

tak brani reply coz u just cant think.maybe the language barrier?? pity.
and wei abgnsast, watch ur mouth k.

yg sincerely,
educated ,hahahhaaaa

BMahendran said...

oo one more thing
dayang rock!!! :p ngko jeles cos u didnt get a wife like her..ngko jeles hahahahhaa

spam!

Anonymous said...

A'kum Encik...

Setelah membaca tulisan Encik nie, saya rasa terharu dan juga kecewa..Saya bangga dan terharu sebab kiter sebagai rakyat Malaysia dah berani menyuarakan pendapat kiter.. Dengan adernyer benda-benda macam blogging nie, lagi ligat kiter mengutarakan pendapat-pendapat kiter.. Baik salah pendapat tue, walla' alam.. yang bagusnyer, teknologi telah memberanikan kiter..

Saya kecewa dengan Encik pasal pemakaian artis kiter yg mula menonjol.. Dunia hiburan kiter dah mula mengutamakan penampilan seseorang artis lebih dari mutu hasil seninya. Saya berpendapat yang Mawi telah mendapat sambutan hangat sebab beliau nie natural dari segi pertunjukan.. dan juga beliau nie ikhlas.. Kiter mungkin dah lama tak jumper artis yang macam nie..

Saya juga turut kecewa dengan Encik untuk menyamakan perbuatan artis tempatan ini adalah sehina memeluk agama Hindu.. Hindu adalah agama yg turut dihormati oleh umat islam.. Saya tidak perlu menghebohkan keagungan agama Hindu.. Penganut Hindu bukan musuh Islam.. Dalam hal ini, baik Hindu, baik Kritian, baik Buddha dan baik Islam sekali, yang asasnya tetap sama, iaitu kiter menjadi manusia yang berguna dan berakhlak.. Musuh Islam bukan mereka yang beragama lain dari Islam, tetapi mereka melanggar Islam dan mereka yang menyalahgunakan Islam..

Perbuatan artis memang boleh dipersoalkan.. Pemakaian yg menonjol nie mmg tidak disetujui dlm Islam.. Tapi kiter hidup di dunia yg berasaskan kemewahan sebagai tanda kejayaan hidup.. Artis pun manusia yg berkelemahan seperti orang lain.. Mereka mungkin terpaksa mencari nafkah dengan menonjol sedemikian.. Tetapi kiter sebagai lelaki yang memandang dengan batin yang kuat kena pandai bersabar.. Tak salah kalau kiter perlu berselawat untuk mengurangkan kebatinan dan nafsu yang kuat itu.. Yang menjadi salah ialah kiter terpesong mengikut nafsu kiter..dlm pendek kata, niat yang salah sudah cukup untuk berdosa..

Saya harap encik akan sedar bahawa yang hina bukan mereka yg masuk Hindu, tetapi mereka yang murtad sebagai muslimin dan musliman.. Yang hina bukan mereka yang berpakaian sumbang, tetapi mereka yang berfikiran sumbang..

Sekiranyer komen saya ini menyinggung sesiapa, saya meminta maaf..Saya juga berharap Encik akan meminta ampun untuk mereka (khususnyer yang Hindu) yang telah tersinggung membaca blog encik.. Walaupun blog encik ditujukan kepada artis Muslim, tetapi komen Encik menyamakan yang murtad sehina masuk Hindu adalah salah.. Saya juga harap Encik yang berfikiran waras ini akan berbuat demikian untuk kiter yang berwarga Malaysia.. Sekiranyer Encik masih tidak berpuashati dengan cara pemakaian artis-artis kiter, saya sarankan Encik menghujahkan pendapat Encik kepada syarikat pengurusan artis tersebut dan artis itu sendiri.. Baik kiter cuba betulkan yang salah, dari menggunakan peluang-peluang sebegini untuk kepentingan diri..

W'kum Salam..

Regards;
Non-bumi IC Biru.

Anonymous said...

kami tidak menyokong dayang kerana memakai sebegitu....who cares abt ur people wether they wear like muslims or not but wat we (hindus) r concern is that u condemn abt hindus religious is ''hina''
so plz understand before reply to ur ''artis kita''s blogs....
u think wat,all of us was pist off coz u kutuk abt dayang ah...sorryla....we hindus got no time to c ur artist ok...we got so much better work to do.back to school if u stil dnt get the meanings

Anonymous said...

kepada sahabat abu naqibah..teruskan perjuangan anda dan jangan berputus asa diatas apa yang berlaku...ada hikmah semuanya ini...kita perlu ingat, tidak semuanya manusia suka dengan kerja2 sebegini walaupun mereka semua ini dari golongan agama dan bangsa yang sama dengan kita....

Anonymous said...

hello,

Syabas abunaqibah! Teruskanlah bersuara dan mengingatkan kepada perkara kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.

Kepada pembaca yg beri komen, guna lah perkataan yang sesuai dan jangan lah emotional. Be rational le. Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama sepatutnya matang.

Abunaqibah bukannya hina agama Hindu. Dlm Islam, mmg semua muslim diwajibkan menghormati penganut agama lain.

"Budi bahasa, Budaya Kita"

Anonymous said...

Budi Bahasa Bukan Budaya Si Bodoh Naqiballah!

Jangan cuba menegakkan benang yang basah! Cuba guna mata anda baca artikel yang si bodoh naqiballah tulis!JANGANLAH MACAM BODOH BAWA MASUK AGAMA!!! SAYA TAK KISAH TENTANG SI BODOH DAYANG PUN!!!PASAL U LA

sathish kumar (Universiti Malaya)

Anonymous said...

BODOH KEPARAT!!
BODOH
BODOH
BODOH!!!
SIAPA HINA???ENGKAULAH HINA!!! HINA TAK TAHU MENHARGAI AGAMA ORANG LAIN>SAYA RESPECT AGAMA ISLAM TAPI KAMU BODOH!! TAK PATUTU DUDUK DALAM AGAMA ISLAM>>>>JADI ANJING LIAR LAAA

MaMaK-BoY

Anonymous said...

bodoh!!!

Anonymous said...

Tawakal..lah...Dari Allah Kita Datang Dari Allah Kita Akan Kembali. Cuba ingat kembali apa yang terjadi pada nabi di saat menyampaikan Risalah Allah di Taif. Apa nabi katakan semula kepada jibril di saat jibril ingin memberikan bantuan.
Bukan semua orang diberi kekuatan untuk memberitahu amal maaruf nahi mungkar. Walhal selemah-lemah iman adalah teguran/kebencian dalam hati akan maksiat yang berlaku disekeliling.Anda dah berusaha...
Ujian yang datang hanya meninggikan 'nilai' kita di sisi-Nya. Moga Allah memberi taufiq dan hidayah-Nya pada kita semua. Semoga pada suatu masa nanti dan suatu ketika nanti disaat semua telah 'dipanggil'..segala kemusykilan,ketidakpuasan akan terjawab....

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Agak ketinggalan dgn topik ni.

Apa2 pon SYABAS diucapkan kpd Abu Naqibah. Teruskan perjuangan... Artis2 sebegini mmg patut dijadikan 'cth tauladan tak baik' kpd semua penduduk Malaysia terutama yg Islam.

Pedulikan mereka2 spt bsvanan, Non-bumi IC Biru, mandelism, sathish kumar (Universiti Malaya), MaMaK-BoY kerana berkata-kata dgn guna kepala lutut bukannya akal. Menyerlahkan kebodohan sendiri dgn berkata2 secara emosi & tidak berfakta... Mereka 'berani' berkata2 begitu kerana tiada org yg kenal mereka... Yg tulis dari UM tu harapnye bukannya kerja Jaga or tukang sapu sampah.. rasanya mereka lebih lagi elok budi bahasanya... Org2 yg berkata sedemekianlah yg bakal menghancurkan masa depan generasi Islam.
Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kpd Abu Naqibah & melindunginya dunia & akhirat...

Sedar2lah mereka2 yg mengagung2kan artis tu wehhh... Apa yg korang dapat? Kepuasan batin aje kan? Goblok...

Wassalam.
**Anti Artis yg cuba menjahanamkan bangsa Melayu samada secara langsung atau tidak**

Diari Abu Naqibah telah mula beroperasi semenjak 28 Disember 2005.