30 May 2006

Perkahwinan Misyar - Wanita Jadi Alat Pemuas Nafsu Lelaki?


Masyarakat kita hari ini begitu asyik sekali bercerita tentang isu yang
paling hangat di pasaran iaitu itu 'Kahwin Misyar' di mana si lelaki
(suami) dibebaskan dari tanggung jawab menyara nafkah zahir isterinya.
Ulama agung seperti Yusuf Qardhawi dan TG Nik Abdul Aziz sendiri sudah
menyatakan pendirian mereka bahawa perkahwinan ini adalah sah dan
sememangnya baik untuk dijalankan.

Perkahwinan Misyar ini dikatakan mampu membendung gejala sosial dan
mengurangkan penzinaan. Secara peribadi saya memang bersetuju dengan
perkara ini. Bukanlah kerana saya lelaki (yang dipandang sebagai golongan
paling beroleh faedah) tetapi kerana sama ada kita sedar atau tidak,
perkahwinan jenis ini sememangnya telah lama berleluasa di dalam masyarakat
kita.

Namun, bagi saya, walaupun si isteri telah bersetuju untuk menanggung
keluarga, lelaki tidak harus mengambil kesempatan dengan bermalas²an.
Seharusnya si isteri menanggung keluarga, bukan suami. Jadi, untuk
perbelanjaan peribadinya, suami harus keluar mencari rezeki untuk diri
sendiri. Ini bagaimanapun hanya pendapat peribadi saya semata, bukan fatwa
atau hukum.

Kalau ada yang bertanya apa hak saya untuk menyatakan pendapat saya dalam
perihal ini, biarlah saya bertanya pula apa haq Utusan Malaysia bertanya
kepada artis² seperti Mawi, Norman KRU dan Umie Aida berkenaan hal yang
sama. Dan apa juga hak yang ada pada menteri² dan pemimpin² yang, pada
dasarnya tidak mengenal aurah sendiri, memberi komen berkenaan hal ini?

Kerana hal ini dikatakan isu gender? Kerana dikatakan Perkahwinan Misyar
ini menghina perempuan? Seperti kata TG Nik Abdul Aziz, jika sudah si
isteri yang rela, mana datang soal menghinanya? Tetapi dalam banyak
pendapat, yang paling menarik adalah ulasan seseorang yang berkata "jangan
sampai wanita dijadikan alat kepuasan seks lelaki pula".

Wah... Sejak bila pula wanita tidak menjadi 'alat kepuasan seks lelaki'?
Sejak bila? Sejak dari zaman jahiliyah hinggalah zaman sekarang dan mungkin
akan berterusan ke zaman akan datang, sememangnya itulah kerja kaum wanita.
Menjadi alat memuaskan nafsu lelaki. Sama seperti nasi yang mengenyangkan
perut dan air yang menghilangkan dahaga.

Uh... Saya pasti ramai wanita yang membentak membaca tulisan ini. Sabar...
Saya menulis ini bukan semborono. Jika tidak percaya dengan apa yang saya
katakan, cubalah selak akhbar, majalah atau tontonlah siaran televisyen.
Tidak kiralah saluran mana sekalipun. Kemudian renungkan dalam² dan fikir
semula. Sekarang, bagaimana? Boleh bersetuju dengan kata² saya?

Saban hari, di dada² akhbar, majalah waima di televisyen sekalipun akan
sentiasa terpampang tubuh² mongel gadis² yang tidak dapat dipastikan tahap
kegadisannya mahupun seorang yang layak bergelar nenek sedang menayangkan
sebahagian besar dari kulit mereka untuk tatapan umum. Mereka ini bukan
sahaja malu bahkan merasa bangga dengan apa yang mereka lakukan.

Sebenarnya, kegiatan ini (membuka aurah) untuk siapa? Adakah si perempuan²
ini menayangkan dada, perut, pinggul dan segala perhiasan pada tubuh mereka
semata² untuk diri mereka sendiri? Soalan. Bagaimana mereka boleh berdandan
untuk diri sendiri sedangkan mereka tidak mampu melihat tubuh mereka? Atau
mereka berjalan dengan cermin sentiasa di hadapan mereka?

Sebenarnya, segalanya untuk lelaki. Setiap penayangan tubuh secara besar²an
ini hanyalah untuk memuaskan sang lelaki. Si perempuan hanya akan merasakan
keseronokan dan kepuasan apabila dipuji tentang bentuk tubuh mereka yang
menggiurkan. Sedangkan pada hakikat yang paling nyata, sang lelakilah yang
puas menjamu mata mereka.

Masih mahu menafikan? Bukankah wanita menayangkan tubuh mereka untuk
kelihatan cantik? Untuk apa kelihatan cantik? Untuk menarik perhatian
lelaki. Bukan? Atau secara ringkasnya untuk memuaskan nafsu lelaki. Jadi
betullah dakwaan saya di awal tadi bahawa perempuan sememangnya alat
memuaskan nafsu lelaki. Perempuan bersusah payah menayangkan badan dan yang
dapat seronoknya lelaki juga.

Tetapi peliknya mereka ini jual mahal pula. Teringat saya di zaman bujang²
dahulu, ketika berjalan dengan teman², apabila terserempak sahaja dengan
gadis berpakaian seksi, kami akan pakat ramai² tenung gadis tersebut. Lihat
lurah di dada mereka, atau punggung yang kembang atau perut yang terboseh
atau apa sahaja. Kemudian pakat gelak ramai² apabila si gadis berusaha
menutupnya.

Itu yang pelik tu! Sudah mahal² beli baju yang tidak cukup kain, terkial²
pula tarik sana dan tarik sini hendak bagi cukup. Bila orang tengok marah
pula. Ehem... Rasanya tak marah tapi bangga. Saja je jual mahal tu.
Itulah... Bila kena rogol marah pula. Sedangkan di pakaian masing² seakan²
tertera perkataan 'Rape Me Please...'. Pelik benar rasanya.

Tetapi ada juga orang berkata, ada perempuan yang tidak berpakaian seksi
yang tetapi dirogol juga. Hm... Sebenarnya orang lelaki merogol tidak
mengira mangsa. Sebaliknya mereka mengira kesempatan. Kalau ada kesempatan,
jangankan perempuan yang menutup aurah, nenek tua, anak kecil waima kucing
sekalipun boleh menjadi mangsa mereka.

Persoalan di sini bukan siapa yang dirogol tetapi apa yang merangsang nafsu
lelaki untuk merogol? Sudah tentulah wanita juga! Wanita yang menayangkan
kulit² gebu mereka. Contohnya seorang lelaki melihat Fasha Sandha dengan
seksinya dalam akhbar Bi-Pop beberapa minggu dulu. Jika lelaki ini sihat,
tentu saja dia akan terangsang melihat keseksian artis ini.

Tetapi, apakah dia berkesempatan untuk merogol Fasha Sandha? Agak susah,
bukan? Cuba bayangkan secara kebetulan, ketika nafsunya sedang memuncak,
dia terlihat pula seorang budak perempuan berusia lima tahun yang hendak
membuang air dalam keadaan bogel. Walaupun budak itu baru berusia lima
tahun, tetapi kerana itu shaja kesempatan yang ada, mungkin dia akan
menggunakannya.

Memanglah pokok ceritanya adalah iman dan taqwa. Soal berpakaian seksi ini
hanyalah contributing factor. Tetapi jikalau semua harta dijaga dengan baik
oleh si tuan punya, agaknya bagaimana pencuri hendak mencuri? Jadi kepada
wanita yang suka berpakaian seksi, tahniahlah kerana anda telah berjaya
menyebabkan kenaikan kadar kes jenayah rogol di dalam negara kita.

Sekarang percaya atau tidak wanita memang alat kepuasan nafsu seks lelaki?
Perempuan memang sentiasa dilayan dengan tidak adil dan diletakkan di
tempat yang rendah oleh kaum lelaki. Martabat wanita hanya pernah diangkat
pada zaman pentadbiran Rasulullah saw dan diikuti oleh para sahabat
Baginda. Pada zaman inilah wanita benar² dilindungi.

Allah memerintahkan wanita untuk menutup aurah mereka bukan sebagai hukuman
dan bukan juga untuk menghina mereka. Sebaliknya Allah mahu mengangkat
taraf wanita ini lebih tinggi. Agar nanti bentuk tubuh mereka tidak
diketawakan atau dipermainkan oleh lelaki. Agar nanti kecantikan mereka
tidak menimbulkan fitnah. Agar nanti mereka tidak diperalatkan oleh lelaki²
durjana.

Malangnya kebanyakan wanita lebih bangga menayangkan tubuh mereka. Atau
dalam erti kata lain seronok dijadikan alat pemuas nafsu seks lelaki. Jika
sememangnya dari dahulu lagi wanita sudah berbangga dengan 'tugas'
sebegini, mengapa hanya baru² ini hendak dikaitkan Perkahwinan Misyar
dengan perkara ini? Ternyata mereka tidak adil dalam menilai agama.

Ulama sehebat Yusuf Qardhawi dan TG Nik Abdul Aziz tidak akan berkata 'ya'
terhadap sesuatu isu jika mereka tidak berfikir panjang akan baik buruknya
perkara itu terhadap masyarakat umumnya. Namun begitu, biarlah Majlis Fatwa
melakukan tugas mereka dengan bermesyuwarah sehingga mereka mampu mencapai
keputusan yang mereka andaikan sebagai paling adil dan paling tepat.

Untuk sementara, lebih baik kita yang 'tidak bertauliah' ini berhenti dari
membuat sebarang komen. Pihak media juga seharusnya jangan pandai²
bertanyakan isu ini kepada yang bukan ahlinya. Gelaran sebagai menteri
tidak membolehkan kita menghuraikan isu ini mengikut fahaman sekular.
Semoga Allah membimbing mereka di dalam Majlis Fatwa agar mengeluarkan satu
hukum yang tepat. InsyaAllah.....

6 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum..

Saya telah membaca artikel saudara dan saya ingin memberi komen saya. Drpd artikel saudara, saudara ini seolah² menyalahkan kaum wanita. Saudara sewenang² nya mengatakan yang wanita adalah punca segala²nya. Maksud saya, kalau dah perempuan seksi, nafsu lelaki pun memuncak,nak buat macam mana? Jgn meletakkan kesalahan terhadap keadaan. Mmmg salah wanita yg tidak menutup aurat tetapi lelaki yg tidak dpt mengawal nafsu, tidak salah? Di manakah letaknye akal fikiran yg dikurniakan Allah? tidah boleh kah lelaki itu mengawal diri/nafsu sedangkan itulah dia sifat yg membezakan antara manusia dan binatang? Fikirkan lah saudara...Bagaimana pula kalau yg saudara lihat itu adik perempuan saudara..dia tidak menutup aurat kerana bersama saudara iaitu muhrimnya. Adakah saudara akan melakukan perkara terkutuk kerana tidak dpt mengawal nafsu spt yg saudara kata perempuan pemuas nafsu lelaki? Saudara mengatakan kita tdk berhak memberi pendapat sbb tidak bertauliah, saudara juga tidak bertauliah dan sudah pun menulis artikel berkenaan perkara ini. Bagaimanau pula tu? Kalau saudara nak komen org bertauliah sila lihat artikel yg saya petik dari Mingguan Malaysia Ahad, 28 May 2006 oleh Dr Syed Ali Taufik,Pengrah Institut Kefahaman Islam.
“Kahwin misyar isu remeh-temeh”
Mukadimah
KETUA Pengarah Institut Kefahaman Islam (IKIM), Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas cukup hairan melihat perbahasan yang hangat mengenai cadangan perkahwinan misyar yang berbangkit dalam Utusan Malaysia sejak Khamis lalu.

Sepanjang wawancara dengan wartawan NOOR AZAM SHAIRI di pejabatnya petang Jumaat lalu, beliau berulang-ulang kali bertanya apa mustahaknya ia dibahaskan sekarang ketika masyarakat Islam berhadapan dengan banyak isu lain yang penting.

Ketika tokoh-tokoh pembentuk pandangan umum terbelah dua antara menyokong dan membantah cadangan itu, Dr. Syed Ali Tawfik, 42, memberikan satu pandangan yang lain. Beliau merenung kepada punca cadangan dan bertanya apakah masalah-masalah itu dapat diselesaikan dengan perkahwinan misyar?

“Kita tidak tahu cara berfikir dengan betul. Kita hanya memikirkan soal nafsu,” katanya, yang bakal genap setahun menerajui pusat keintelektualan Islam itu, 1 Jun ini.

Syor perkahwinan misyar itu dilontarkan oleh pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid sebagai jalan keluar mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan perlakuan maksiat dalam masyarakat.

Dalam perkahwinan yang banyak diamalkan di kalangan wanita berkedudukan tinggi negara-negara Arab itu, suami tidak lagi perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir tetapi cukup hanya memenuhi nafkah batin isteri.

Presiden Persatuan Ibu Tunggal Malaysia, Maimunah Omar kuat menyokong cadangan itu. Beliau memberikan hujah berdasarkan kepada pengamatannya bergaul dengan wanita-wanita yang tidak kisah bersuamikan lelaki berpendapatan rendah.

“Kalau ini salah satu cara mengatasi masalah kesukaran wanita mendapatkan jodoh, kenapa kita perlu halang,” katanya dalam satu interviu bersama MARZUKI YUSOFF di Kuala Terengganu.

MINGGUAN: Apakah pandangan pertama Dr. mengenai cadangan itu?

DR. SYED ALI TAWFIK: Saya tertanya kenapa perkara ini dibesarkan sekarang, apa tujuan dan matlamatnya? Inilah yang mesti ditanya sebelum perkara sebegini dibawa ke persada masyarakat. Adakah isu ini patut dibahaskan sekarang? Ini hanya menunjukkan kekeliruan orang Muslim sekarang yang tidak tahu apakah perkara-perkara yang sewajarnya dibahaskan.

Cadangan ini dikatakan boleh mengatasi masalah wanita tidak berkahwin.

DR. SYED ALI TAWFIK: Kita harus bertanya adakah itu satu masalah atau sememangnya mereka memilih untuk tidak berkahwin? Hanya selepas kita tahu puncanya, barulah kita boleh cari penyelesaiannya. Wanita yang tidak berkahwin itu bukan hanya dalam lingkungan umur antara 18 hingga 35 tetapi juga kumpulan 35 tahun ke atas.

Secara amnya wanita 35 tahun ke atas itu sudah ada kerjaya sendiri, sudah mewah dan tidak memerlukan sebarang pertolongan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat barubaru ini ada membuat kajian tentang hal ini. Menurut faham saya daripada membaca laporan tersebut, mereka ini tidak dapat mencari lelaki yang sesuai. Mereka mencari lelaki yang boleh menjaga mereka dengan cara yang mereka mahu.

Ia juga dikatakan mampu mengurangkan perlakuan maksiat dalam masyarakat.

DR. SYED ALI TAWFIK: Ini seolah-olah mahu mengatakan bahawa hanya perkahwinan misyar mampu menyelesaikan masalah maksiat dalam masyarakat tetapi bukan perkahwinan biasa. Ini seolah-olah menunjukkan kita menghalalkan perbuatan keji hawa nafsu kita, dan menggunakan Islam untuk menghalalkannya. Adakah wajar kita mempermainkan Islam begitu? Ini hanya melibatkan soal seks, soal nafsu.

Kenapa Dr. kata begitu?

DR. SYED ALI TAWFIK: Sebagai manusia, kita ada dua sifat dalam diri, haiwaniah dan rohaniah. Sifat haiwan itu perlu dalam diri manusia untuk mengekalkan kehidupan kita, makan, tidur, membuang air dan sebagainya. Dari segi rohaniah pula, dalam diri manusia itu ada tiga tingkat nafsu. Tingkat yang terendah ialah nafsu amarah iaitu dorongan jasmani yang juga dimiliki oleh haiwan. Isu ini memberi faham bahawa nafsu amarah itu telah menguasai kita. Kita telah membiarkan aspek haiwaniah dan nafsu syahwat mengawal hidup kita.

Tingkat nafsu yang lebih tinggi daripada itu ialah nafsu lawammah. Ia menunjukkan kita masih berusaha untuk mengawal aspek haiwaniah tetapi kita sudah boleh mengatasinya. Tingkat yang teratas ialah nafsu mutmainnah iaitu apabila kita sudah berjaya mengawal nafsu haiwaniah itu secara keseluruhan. Kita tiada lagi perasaan hendak berbuat maksiat. Inilah yang dikatakan jihad melawan nafsu. Dalam faham Islam, inilah kefahaman benar tentang jihad. Inilah jihad yang tertinggi, yang paling sukar untuk diatasi – lebih sukar daripada pergi berperang dan menuntut ilmu.

Jadi dalam hal ini, apakah yang telah kita lakukan? Kalau kita menggunakan alasan untuk membanteras maksiat, seolah-olahnya kita hanya mahu melepaskan nafsu. Orang akan berkahwin untuk menghalalkan perasaan mahu melepaskan nafsu. Apakah sebagai insan kita sudah lagi tidak boleh mengawal diri sendiri?

Kita boleh mengawal diri, dan itulah yang membezakan insan dengan haiwan. Martabat kita lebih tinggi daripada haiwan tetapi kita melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh haiwan tanpa rasa bersalah sebaliknya, dengan akal fikiran kononnya kita cuba menghalalkan perbuatanperbuatan yang kita tahu hanya untuk melepaskan nafsu. Lagi pula adakah dalam hukum-hukum hendak berkahwin yang mengatakan perkahwinan itu adalah untuk melepaskan nafsu? Tidak, ia bukan satu daripadanya. Itu tidak termasuk dalam matlamat perkahwinan.

Apakah tuntutan perkahwinan?

DR. SYED ALI TAWFIK: Islam menuntut keadilan. Kalau hendak berkahwin, seseorang itu harus ada tanggungjawab. Ada tanggungjawab, baru berkahwin. Perkahwinan misyar ini sebaliknya mahu melepaskan tanggungjawab. Apa gunanya? Sebagai contoh, kalau seseorang itu mahu membeli kereta dan memandu di jalan raya, dia mesti terlebih dahulu belajar memandu dan mendapatkan lesen; bukannya beli kereta dahulu, bawa kereta dan selepas itu ambil ujian memandu.

Ini samalah juga dengan soal kahwin; harus minta izin daripada wali yang akan memastikan sama ada lelaki itu beramanah, bertanggungjawab, mampu berlaku adil kepada isteri dan keluarga atau tidak.

Apakah matlamat perkahwinan?

DR. SYED ALI TAWFIK: Untuk melengkapkan kehidupan manusia. Ada hadis yang mengatakan bahawa wanita itu adalah kembar kepada lelaki. Kalau begitu, apabila wanita dan lelaki itu bersama mereka menjadi satu. Perkahwinan juga digalakkan untuk melengkapkan Islam seseorang itu. Ini bukan bermakna seseorang yang tidak berkahwin, Islamnya tidak lengkap. Perkahwinan bukan sesuatu yang diwajibkan tetapi hanya digalakkan.

Sebelum ini, orang membangkitkan soal poligami. Itu pun satu lagi. Kenapa kita membahaskannya sekarang? Adakah sampai majoriti daripada masyarakat kita berpoligami? Saya membaca dalam akhbar tentang seorang lelaki yang berkahwin tiga kerana katanya, nafsunya tinggi sangat dan dia mahu mengelak daripada zina. Adakah itu tujuan perkahwinan, untuk melepaskan hawa nafsu? Perkahwinan bukan hanya untuk seks.

Perkahwinan adalah untuk menyambung zuriat, menjadi bertanggungjawab dan menyambungkan ilmu kepada generasi yang akan datang. Saya tidak faham kenapa orang Islam sekarang membangkitkan perkara-perkara yang tiada kaitan langsung dengan hal-hal ini, yang remeh-temeh, yang mengundang kebimbangan dan kekeliruan kepada masyarakat. Ini sangat tidak baik.

Ini bukan peranan ulama. Ulama diangkat menjadi ulama kerana dia mampu membawa masyarakat kepada jalan atau faham yang bermakna. Jika masyarakat itu dibawa kepada kekeliruan, itu bukan ulama namanya. Tetapi dalam laporan itu Prof. Dr. Mahmud Zuhdi ada mengatakan jika perkahwinan misyar ini diamalkan hendaklah dibuat dengan jujur dan tidak disalahgunakan untuk menganiaya kaum wanita. Hal ini mesti ditekankan kerana saya khuatir ramai orang tidak membaca hal itu, hanya baca separuh saja.

Perlukah perkahwinan misyar ini dibenarkan?

DR. SYED ALI TAWFIK: Tidak perlu langsung. Apa yang mesti dititikberatkan ialah penyelesaian kepada isu sebenar yang kita hadapi. Mereka yang menyokong hujah itu mengatakan kaum wanita muda sukar mencari lelaki bujang yang berkualiti kerana banyak lelaki Melayu terlibat dalam penagihan dadah atau gejala sosial lain.

Kalau itu masalahnya, kita selesaikanlah masalah itu dahulu. Salah satu sebab lain kenapa wanita tidak mahu berkahwin ialah kerana tidak ada calon yang sesuai. Dalam perkahwinan mesti ada kufu (dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan). Itulah sunnah Nabi. Tidak bolehlah kalau lelaki itu seorang jaga tetapi wanita itu puteri raja; tidak sekufu dan hanya akan mendatangkan masalah.

Tetapi orang kata cinta itu buta?

DR. SYED ALI TAWFIK: Bagaimana cinta boleh buta? Itu pemikiran Barat yang keliru antara cinta dengan nafsu dan berahi. Dalam Islam, apabila kita bercakap tentang cinta ia tidak semestinya bermaksud habb (cinta sesama manusia). Ada kalanya ia bermakna asyq (cinta kepada Allah). Itu tingkat cinta yang sangat tinggi, keasyikan. Kalau cinta itu buta, bagaimanakah kita merasakan cinta? Kalau asyq itu buta, adakah kita mahu mengatakan Tuhan itu buta? Bukankah sifat-sifat Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui dan sebagainya?

Apakah yang Dr. rasa melihat perbahasan hal ini?

DR. SYED ALI TAWFIK: Saya sangat sedih dengan nasib orang Islam kerana inilah perkara yang suka mereka bahaskan. Ini isu yang tidak berbaloi untuk dibahaskan. Kalau cadangan ini benar-benar wujud, kita mesti lihat apakah keadaan zaman yang membenarkannya dan apakah ia boleh dipakai dalam keadaan sekarang? Hal ini tidak ada pada zaman Rasulullah, ia datang kemudian.

Sebagai contoh, pada akhir kurun ke-19 misalnya, mufti di Mesir mengharamkan kopi kerana remaja di Mesir suka membuang masa siang malam bermain backgammon, sambil merokok dan minum kopi sehingga mengabaikan solat. Pengabaian kepada solat itu yang membuatkan mufti mengharamkan kopi untuk menakutkan mereka, bukan kerana kopi itu sendiri.

Dalam hal ini, kalau kita tidak tahu keadaan yang menyebabkan perkahwinan misyar itu dibenarkan dahulu, kenapa kita harus membahaskannya? Adakah kita betul-betul memerlukannya? Saya tidak fikir begitu. Ia seolah-olah mahu mengatakan bahawa perkahwinan biasa tidak mencukupi dan kita memerlukan misyar kerana ia melepaskan tanggungjawab. Mufti Johor, Datuk Noh Gadot baru-baru ini ketika mengulas isu suami tidak bekerja juga menekankan tentang tanggungjawab suami sebagai penyara keluarga. Beliau bukannya mengatakan wanita dilarang keluar bekerja.

Adakah isu ini juga telah disalah tafsir?

DR. SYED ALI TAWFIK: Ini bukan soal salah tafsir. Isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan pun. Ada banyak lagi isu lain menyentuh orang Islam. Kadar perceraian di kalangan orang Islam meningkat. Kes perceraian di mahkamah juga banyak yang belum diselesaikan; ada kes sampai 15 tahun tidak selesai-selesai. Remaja Muslim banyak yang ponteng sekolah dan di universiti, wanita lebih ramai daripada lelaki. Wanita lebih berminat mencari ilmu berbanding lelaki.

Inilah isu-isu yang sepatutnya kita lihat. Ini tidak, kita tidak cuba menyelesaikan masalah sebaliknya mencetuskan lebih banyak masalah.

Apakah yang ditunjukkan oleh isu ini tentang keadaan kita?

DR. SYED ALI TAWFIK: Ia menunjukkan kita sangat jahil. Laporan seperti ini hanya membesarkan ketandusan pemikiran kita. Kita terkebelakang, tidak tahu isu sebenar dalam masyarakat Islam pada hari ini. Kita ada krisis dalam hal ini. Kami di IKIM selalu menyuarakan bahawa masalah umat Islam pada hari ini ialah kekurangan ilmu. Isu perkahwinan misyar ini, kepada saya, perkara remeh-temeh.

Kalau kita selalu menyempitkan faham Islam hanya kepada hukum, halal dan haram, kita akan jadi seolah-olah macam orang Yahudi Talmud yang menginstitusikan hukum; semuanya hukum, hukum dan hukum sehingga tiada ijtihad. Ini yang orang Islam sudah buat sejak sekian lama iaitu menutup pintu ijmak dan ijtihad. Kita bukan saja tutup tetapi kita kunci.

Kalau orang melihat ini proses untuk ijtihad?

DR. SYED ALI TAWFIK: Ijtihad hanya untuk perkara-perkara yang ada keperluannya dan kalau ada matlamat yang jelas. Kalau tidak ada matlamat, bagaimana hendak berijtihad. Dalam hal ini, apa niatnya? Kalau niatnya mahu mengurangkan masalah wanita tidak berkahwin, kita cari dulu puncanya kenapa mereka tidak berkahwin. Bagi wanita yang berumur 18 hingga 35 tahun, hujahnya ialah banyak lelaki terlibat dengan penagihan dadah dan tidak sekufu kerana wanita lebih tinggi kedudukannya daripada lelaki. Jadi, ini masalah remaja lelaki, bukan wanita. Kenapa lelaki melepaskan tanggungjawabnya, tidak mahu meningkatkan diri sendiri? Ini menunjukkan ada kehampaan dalam diri mereka.

Apakah kita patut hentikan perbahasan ini?

DR. SYED ALI TAWFIK: Ya. Kita harus berbincang isu-isu yang sebenar. Isu ini langsung tidak membantu perkembangan ummah. Bahawa dengan membangkitkannya saja, akhbar saudara sudah menyebabkan orang keliru. Ada yang mengatakan perkahwinan misyar itu boleh dijadikan jalan keluar kepada masalah ibu tunggal. Apakah masalah mereka? Kalau tidak ada pendapatan dan tidak ada kerja, kita perlu bertanya apakah yang dilakukan oleh badan-badan kebajikan Islam untuk membantu ibu-ibu tunggal?

Maksud Dr. masalah yang menjadi punca kepada cadangan itu ada jalan penyelesaian lain, dan bukan perkahwinan misyar?

DR. SYED ALI TAWFIK: Ya, itu maksud saya. Apabila kita mengatakan sesuatu itu sebagai puncanya, kita mesti membahaskannya dengan hujah yang sah dan kukuh. Mereka mungkin ada hujah yang sah tetapi tidak kukuh. Hujah yang sah tetapi tidak kukuh tidak boleh dijadikan hujah. Apa-apa saja hujah boleh menjadi hujah yang sah tetapi ia tidak semestinya kukuh.

Itu sebabnya kalau isu ini mahu dibangkitkan, kita harus bertanya apakah kita memang ada masalah sehingga memerlukan kepada penyelesaian ini? Saya pun mahu tahu berapakah jumlah wanita yang tidak berkahwin, dan adakah mereka mahu kepada perkahwinan misyar? Adakah mereka meminta ia dibenarkan? Adakah mereka mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak perlu ada tanggungjawab, yang tidak payah membayar nafkah? Nafkah itu wajib, bukan sesuatu yang harus. Bolehkah lelaki mengelak daripada bertanggungjawab?

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya tertarik dgn isu ini. namun pandangan dari penulis blog agak mengecewakan.


sblm saya meneruskan dgn lebih lanjut, saya minta penulis meneliti semula objektif perkahwinan dalam Islam. adakah ia semata-mata untuk mengelakkan ramai perempuan menjadi andartu?


Saya sebenarnya bersetuju dgn kenyataan TG Nik Aziz bhw sekiranya perempuan itu sendiri tidak menganggap perkahwinan misyar itu sst yg menghina, mengapakah pula
wujudnya isu menghina? Itu mmg benar.. TETAPI, spt yg kita semua tahu, Maha Suci Allah telah menciptakan wanita itu dengan 1 akal manakala lelaki pula dengan 9 akal.

Seharusnya kaum lelaki ini menggunakan 9 akal tersebut untuk membela dan mendidik kaum wanita ini dan bukannya mengambil kesempatan ke atas mereka.

Berkemungkinan dgn kurniaan 1 akal tersebut, wanita tersebut tidak dapat berfikir pjg, lantas menerima cadangan ini yg mungkin kurang membawa manfaat kepada mereka.

Sesungguhnya perkahwinan misyar merupakan sebuah hubungan yg unik, di mana si suami tidak terikat kepada isteri, tiada tanggungjawab zahir dan batin ke atas isteri dan keluarga, serta berhak mendatangi dan meninggalkan isterinya sesuka hatinya seberapa lama yg ia suka.

Dari pandangan saya, perkahwinan misyar lebih kepada konsep one-night-stand dan no-string-attached.

Di manakah letaknya pembelaan wanita di sini? Apabila suami bebas mendatangi isterinya sesuka hati dan bebas pula meningglkannya selama mana yang ia suka, itu bukan shj penghinaan kpd wanita tersebut malah boleh mendatangkan fitnah kpd si isteri.

Bayangkan pula jika si isteri mempunyai zuriat si suami suatu hari kelak. Wajarkah beban tanggungan keluarga diletakkan pada bahu isteri semata-mata? Sedangkan si suami lepas tangan krn tiada tanggungjwb ke ats keluarga virtualnya?

Sekiranya tanggungjwb memberi nafkah jatuh di bahu isteri, siapa pula yg bertanggungjwb mendidik si anak? Isteri jugakah?

Seandainya si suami bebas meninggalkan si isteri selama mana yg beliau suka, akan wujud pula kemungkinan rumahtangga porak peranda. Wujud juga kebarangkalian si anak tidak mengenali lgsg ayah kandungnya.Konsep bebas dtg & pergi ini juga akan menyukarkan sekiranya ank perempuan dari keluarga virtual ini ingin melansungkan perkahwinan dan memerlukan wali.

Jika si anak tidak berkesempatan mengenali si ayah kerana hubungan yg on-and-off, mungkin juga tidak kenal keluarga tirinya. Ada kemungkinan juga si anak dr keluarga virtual ini menjalin hubungan dgn adik beradik tirinya krn tidak berkenalan.

Pada hemah saya, sekiranya perkara ini dipersetujui di Parlimen, elok shj undang2 yg diwujudkan supaya gadis tempatan tidak dibenarkan nikah dgn warga Bangladesh dulu dibubarkan. Krn polisi tersebut dilaksanakan utk membela nasib kaum wanita negara ini. Namun konsep perkahwinan misyar pula seolah-olah menidakkan polisi tersebut.

Cuba penulis bayangkan seandainya puteri kesayangan anda diletakkan dlm situasi perkahwinan misyar. Relakah anda menjadi walinya???

Penulis juga seolah-olah menyalahkan kaum wanita di dalam perihal menutup aurat.

Terkilan dgn kenyataan tersebut, ingin saya tegaskan di sini bhw dgn kurniaan 1 akal dr Allah s.w.b, kaum wanita sering melakukan kesilapan. Maka penyelesaiannya di sini ialah kaum tersebut harus dididik oleh wanita-wanita dan lelaki-lelaki lain, bkn nya menghina mereka.

Saya faham, tugas mendidik tidak mudah. Tetapi dgn menuding jari dan meletakkan kesalahan tersebut ke ats org lain tidak akan membantu. Sebaliknya menggambarkan betapa ceteknya pemikiran si penulis.

Kebykan wanita-wanita yg tidak menutup aurat ini masih keras hati, ada yg jahil agama dan ada yg melakukannya krn permintaan.

Maksud permintaan di sini adalah, kerana begitu ramai golongan 9 akal ini mahu MENDAMPINGI, MENAJA, malah MEMBELA wanita-wanita seksi ini, maka wanita-wanita tersebut sanggup mendedahkan aurat mereka utk tontonan lelaki-lelaki tersebut. Adakah adil kesalahan aurat ini diletakkan di bahu wanita shj? Mana perginya peranan-peranan lelaki sebagai pendidik dan pemimpin ummah? Sudahlah wanita-wanita ini tidak dididik, diambil pula kesempatan ke atas mereka dgn menjadikan mereka
anak-anak ayam atau perempuan-perempuan simpanan.

INGIN SAYA TEGASKAN DI SINI, KAUM LELAKI TIDAK HARUS MENYALAHKAN WANITA SEMATA-MATA DALAM HAL AURAT. JGN FIKIR DGN KURNIAAN 9 AKAL,
ANDA SUDAH CUKUP HEBAT. SEDANGKAN ISTERI-ISTERI PEMIMPIN NEGARA SENDIRI PUN TIDAK MENUTUP AURAT MEREKA.HEBATKAH SGTKAH KAUM LELAKI INI?

Abu Naqibah said...

Assalamualaikum warahmatullah...

Sekali lagi, artikel saya salah diinterpretkan.

1st, saya tidak salahkan perempuan dalam hal penutupan aurah. Yang saya salahkan adalah mereka yang menganggap penutupan aurah sebagai sesuatu yang tidak wajib. Jika anda telah menutup aurah dan memang mengakui bahawa menutup aurah itu wajib, Alhamdulillah. tetapi terdapat segelintir umat di luar sana yang menafikannya. Dan mereka inilah yang mengutuk perkahwinan misyar. Tolong faham. Jika anda tidak tergolong dalam kelompok yang saya sebutkan, tidak perlu hendak terasa.

2nd, saya telah katakan bahawa isu ini tidak wajar kita perbahaskan. Maka janganlah diperbahaskan. Tutup saja. Biarkan mereka yang bijak pandai dalam majlis fatwa membuat keputusan. Mungkin kita rasa ilmu kita tinggi tetapi kita tidak ada mesyuwarah. Itulah yang dilakukan dalam majlis tersebut. Tanpa mesyuwarah, mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang. Jadi, biarlah orang yang bijak pandai yang bicarakan hal ini dalam bentuk mesyuwarah sesama mereka. Dan kita terima apa saja keputusan yang mereka buat nanti.

3rd, bab menutup aurah lagi. Memang jika isteri tidak menutup aurah, si suami menanggung dosa. Ops... Turut menanggung dosa. Jika dia tidak menegur. Tetapi si isteri tetap tanggung dosa juga kerana menghina hukum Allah. Apatah lagi jika si isteri menolak arahan suami. Dan telah saya katakan, ini hanya contributing factor. Iaitu faktor yang menyumbang. Perihal utama adalah iman dan taqwa lelaki itu sendiri.

Saya bukan hendak menunjuk pandai kononnya kerana lelaki dikurniakan akal sembilan. Tidak. Dalam artikel ini saya tujukan buat para pemimpin yang aurah sendiri tidak tertutup, membela pendedahan aurah bahkan menyokong perbuatan maksiat, tetapi berlagak pandai hendak mengkomentar tentang isu ini.

Harap maaf jika ada yang tersalah faham. Selepas penerangan ini, jika masih tidak mahu faham, saya berlepas diri.

Wassalamualaikum

Abu Naqibah said...

Assalamualaikum warahmatullah...

Sekali lagi, artikel saya salah diinterpretkan.

1st, saya tidak salahkan perempuan dalam hal penutupan aurah. Yang saya salahkan adalah mereka yang menganggap penutupan aurah sebagai sesuatu yang tidak wajib. Jika anda telah menutup aurah dan memang mengakui bahawa menutup aurah itu wajib, Alhamdulillah. tetapi terdapat segelintir umat di luar sana yang menafikannya. Dan mereka inilah yang mengutuk perkahwinan misyar. Tolong faham. Jika anda tidak tergolong dalam kelompok yang saya sebutkan, tidak perlu hendak terasa.

2nd, saya telah katakan bahawa isu ini tidak wajar kita perbahaskan. Maka janganlah diperbahaskan. Tutup saja. Biarkan mereka yang bijak pandai dalam majlis fatwa membuat keputusan. Mungkin kita rasa ilmu kita tinggi tetapi kita tidak ada mesyuwarah. Itulah yang dilakukan dalam majlis tersebut. Tanpa mesyuwarah, mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang. Jadi, biarlah orang yang bijak pandai yang bicarakan hal ini dalam bentuk mesyuwarah sesama mereka. Dan kita terima apa saja keputusan yang mereka buat nanti.

3rd, bab menutup aurah lagi. Memang jika isteri tidak menutup aurah, si suami menanggung dosa. Ops... Turut menanggung dosa. Jika dia tidak menegur. Tetapi si isteri tetap tanggung dosa juga kerana menghina hukum Allah. Apatah lagi jika si isteri menolak arahan suami. Dan telah saya katakan, ini hanya contributing factor. Iaitu faktor yang menyumbang. Perihal utama adalah iman dan taqwa lelaki itu sendiri.

Saya bukan hendak menunjuk pandai kononnya kerana lelaki dikurniakan akal sembilan. Tidak. Dalam artikel ini saya tujukan buat para pemimpin yang aurah sendiri tidak tertutup, membela pendedahan aurah bahkan menyokong perbuatan maksiat, tetapi berlagak pandai hendak mengkomentar tentang isu ini.

Harap maaf jika ada yang tersalah faham. Selepas penerangan ini, jika masih tidak mahu faham, saya berlepas diri.

Wassalamualaikum

Farhan al-Banna said...

Artikel dan hujah yang sangat bagus oleh akhi abu naqibah.

Saya pun ada tulis artikel pasal kahwin misyar ni. jemput ke blog saya faridul.blogspot.com

Anonymous said...

saya besependapat dengan pandangan sdr abunaqibah... ala.. biasa la perempuan.. susah nak faham mrk ni...

kalau kita puji dia cantik, dia kata kita tipu.. kalau kita buat derk aje, dia kata kita tak ambik tau...

teringat kata-kata pujangga barat : if u want to be happy with a man, love him a little BUT understand him a lot. AND if u want to be happy with a woman, love her alot BUT dont try to understand her AT ALL!!!!

Kalau dah TG Nik Aziz kata ok, ok lah tu.... kita tak de tauliah... hanya boleh beri pandangan jer..

Diari Abu Naqibah telah mula beroperasi semenjak 28 Disember 2005.