24 July 2007

Gangguan Seksual

Bayangkan dalam satu situasi. Seorang perempuan berpakaian cukup seksi.
Dengan dada yang terdedah, dengan kain yang singkat lagi ketat hingga
membonjolkan apa yang sepatutnya tersimpan. Kemudian si perempuan ini
bejalan di hadapan seorang lelaki. Dek kerana daya tarikan yang cukup
hebat, lelaki itu menatap dada putih, gebu yang terdedah itu dengan
pandangan yang cukup 'menakutkan' si perempuan.

Mungkin ada perempuan yang suka ditenung sebegitu. Tetapi, pada umumnya,
reaksi yang batal diterima adalah kerlingan marah daripada sang perempuan.
"Gatal!", sekurang-kurangnya itu yang akan tersembul dari bibir perempuan
itu. Lebih malang lagi, jika ni berlaku dalam sebuah syarikat, kemungkinan
lelaki itu boleh didakwa sebagai melakukan ganguan seksual terhadap wanita
tersebut.

Peraturan gangguan seksual di tempat kerja rasanya sudah lama digesa oleh
pihak kerajaan untuk dilaksanakan. Sebagai muslim, sesungguhnya saya amat
bersetuju dengan peraturan ini. Bukankah Islam diutuskan salah satunya
sebagai penyelamat kaum wanita? Dengan adanya peraturan yang sebegini,
diharapkan sekurang-kurangnya dapatlah membentung nafsu jahat ketua-ketua
lelaki yang suka mengambil kesempatan.

Tetapi adakalanya saya berasakan peraturan ini sebagai berat sebelah.
Rasanya peraturan ini terlalu membela wanita dan benar-benar menekan
lelaki. Contohnya, seorang perempuan yang sengaja mahu menggoda seorang
lelaki, dengan sengaja membuka butang bajunya ketika di bilik lelaki
tersebut. Tetapi sekiranya ada pihak yang menyerbu, dengan sedikit air mata
daripada perempuan itu, tentu sahaja si lelaki akan dituduh sebagai cubaan
mencabul.

Tetapi bukan ketidak adilan sebegitu yang ingin saya bicarakan di sini.
Cuma saya selalu terfikir. Adalah salah bagi seorang lelaki untuk merenung
seorang perempuan dengan renungan yang bernafsu. Begitu juga, salah bagi
seorang lelaki untuk memegang atau menyentuh, secara sengaja, mana-mana
bahagian pada tubuh wanita yang dirasakan sensitif atau boleh memalukan
wanita tersebut.

Betul, perbuatan-perbuatan yang saya sebutkan di atas memang boleh
dikatakan melampau. Tetapi, pernah si penggubal peraturan ini terfikir
tentang perasaan kaum lelaki pula? Sememangnya Allah menciptakan lelaki itu
akan teransang dengan perempuan. Sedangkan melihat perempuan berbaju kurung
dari kain lembut yang ditiup angin pun adakalanya boleh merangsang lelaki,
apatah lagi yang terang dan nyata terdedahnya.

Berapa ramaikah lelaki di dunia ini mampu menahan matanya melihat paha atau
dada yang putih, gebu dan montok tertayang di hadapan mata? Saya boleh
menjangkakan, ada yang akan berkata "takkanlah lemah sangat iman hingga
tidak dapat menghindar dari memandang yang sebegitu". Benar. Tetapi, berapa
tebalkah tembok iman yang diperlukan. Saya percaya Tembok Besar China juga
akan roboh jika acap kali diasak.

Maka sebenarnya, lelaki juga sepatutnya dibenarkan untuk membuat dakwaan
gangguan seksual oleh wanita. Percaya atau tidak, perempuan yang berpakaian
seksi sebenarnya sedang melakukan gangguan seksual kepada lelaki. Dan
gangguan-gangguan perempuan ini sebenarnya sama sahaja jahatnya dengan
lelaki yang melakukan gangguan seksual menggunakan anggota fizikal mereka.

Terus terang, saya sendiri cukup terganggu dengan perempuan-perempuan yang
sebegini. Seperti contohnya baru-baru ini. Saya mengadakan perbincangan
dengan jurutera dan ketua-ketua saya. Si jurutera perempuan ini duduk
bertentangan dengan saya. Ketika itu kesemua kelihatan baik sahaja kerana
pakaian jurutera itu, walaupun tidak menutup aurah, masih kelihatan tidak
mencolok mata.

Namun seketika kemudian dia berpaling membelakangkan saya seraya
membongkok, merapatkan dadanya ke meja. Ketika itu tersinsinglah jaket dan
bajunya menampakkan kulit bahagian belakang tubuhnya. Saya jadi serba
salah. Terpaksalah saya menunduk untuk mengelakkan fitnah. Kata orang,
pandangan pertama rezeki. Pandangan yang berikutnya pula adalah bencana.
Sudah tentu saya tidak mahukan bencana itu.

Tetapi terlalu lama pula dia berkeadaan begitu, Akhirnya saya menyorong
kerusi dan duduk di hadapannya. Suasana tenang buat seketika. Tidak berapa
lama kemudian si jurutera tadi berdiri pula. AllahuAkbar… Rupanya seluar
yang dipakainya sangar ketat. Ditambah pula keadaan fizikalnya yang montok,
sememangnya menyakitkan iman. Saya dapat lihat beberapa teman
tersenyum-senyum melihat keadaan ini dengan anak mata saya.

Ketika itu saya terfikir. Kalaulah semua perempuan yang seksi didenda
alangkah baiknya. Sekurang-kurangnya dapat juga menjaga orang-orang yang
lemah imannya seperti saya. Tetapi, jika saya tidak silap, sudah ada
peruntukan untuk hukuman sebegitu bagi kebanyakan negeri. Iaitu berpakaian
atau berkelakuan tidak sopan atau tidak senonoh di hadapan khalayak
merupakan satu kesalahan dan boleh didenda.

Tetapi definisi tidak sopan atau tidak senonoh terlalu subjektif. Sukar
untuk ditentukan. Mungkin jika orang perempuan yang berjalan dengan hanya
memakai coli dan seluar dalam di tengah bandar akan dihukum sebagai
berkelakuan atau berpakaian tidak senonoh. Tetapi bagaimana pula dengan
mereka yang berpakaian tetapi telanjang? Kelihatan seperti berbaju tetapi
sebenarnya tidak begitu?

Contohnya berbaju tanpa lengan. Sesetengah orang menyifatkan ianya sebagai
seksi tetapi ada juga (ramai sebenarnya) menganggap itu sesuatu yang biasa.
Begitu juga dengan yang berpakaian ketat. Bajunya memang berlengan panjang
dan menutup dada sehingga ke leher tetapi telalu ketat hinggakan bagai
hendak meletup benda yang (sepatutnya) tersembunyi di dalamnya. Itukan
seksi juga namanya? Itukan berpakaian tidak senonoh juga?

Sebenarnya, jika hendak menjaga tatasusila sebagai orang timur amnya, dan
sebagai muslim khasnya, penggubal undang-undang wajib berlaku adil. Jangan
hanya lelaki yang didenda sedang perempuan yang adakalanya lebih bertindak
sebagai punca dibiarkan bermaharajalela. Kedua-duanya sama. Jika lelaki
mencabul atau merogol itu satu kesalahan, perempuan yang berpakaian seperti
meminta untuk dirogol juga sepatutnya dianggap membuat kesalahan.

Allah telah mendatangkan panduan dengan terang dan nyata. Hanya perlu kita
mengikut arahanNya untuk kehidupan yang lebih sempurna. Tidak perlu
didefinisikan seksi itu apa dan bagaimana. Ikut saja suruhan Allah. Sesiapa
yang tidak menutup aurah dengan sempurna, baik lelaki mahupun perempuan,
mesti didenda. Semoga dengan ini, insyaAllah masyarakat akan lebih
terpelihara. Dan lebih utama, Allah juga akan menjadi lebih cinta kepada
kita…..

7 comments:

Anonymous said...

yup....sya dh bce apa yg encik komen dlm email yg dan jugak kat blog....so apa yg encik rse kan dan encik suggestklan itu mmg betul....undang2 skrg xcukup just hnye nak hukum laki2 shja yg buat slhkan??? tapi perempuan pon trut sama di salah kan sbb berpakaian menjolok mata....sya wlpon as a gurl sya turut xpuas ati ttg pakaian org2 zaman skrg....dorg smua pakai kata jer cam dah tutup aurat tapi smuanye mengarut....mutup aurat tapi still mendedahkan yg xsepatutnyer bukan sebtul2 yg ikut aurat yg telah di gariskan di dlm Alquran dan as Sunnah....so mmg perlu di ambil tindakan kepada ke2 2 sekali...gurl n also a man yg pakai seksi dan jugak yg wat bnda2 xbaik....sekain wassalam....

Anonymous said...

Saya sokong pendapat saudara, saya sebagai lelaki mengakui memang susah menjaga mata daripada terpandang dan 'memandang' benda2 yang tak sepatutnya dilihat. Akta yang diadakan sepatutnya menjaga kedua-dua lelaki dan perempuan.

Anonymous said...

mahap ye, saya pompuan yg jaga aurat .. tapi nak cakap sikit... mesti ke tulis detail cenggitu... warna, rupa bentuk tu sekali.. maaf.. saya rasa tak payahlah detail sgt...
Sungguhpun saya tak sokong org yg berpakaian menjolok mata begitu, tapi rasa macam tak elok aje tulis sifat2 seksis dia tu...loya lah baca..

Niat yang bagus jgn lah selangseli kan ngan objek lucah...
Atau saudara menyokong 'matlamat menghalalkan cara'

Kalo nak bebaskan M'sia drp fenomena tu, sokonglah perjuangan mereka yang tegakkan islam...

Tulislah cemana pun ...mereka yg tak tahu malu tu paham ke mesej yg nak disampaikan kalo tulis tahap melebihi batas...

Mahap sekali lagi atas komen saya yang lemah iman lagi hina ini....

Anonymous said...

http://www.dcckmona.com/friends/care_plugins/forum/forum_viewtopic.php?77080.50

am0i Ida said...

salam..

saya sokong apa yg diperkatakan oleh aliffa, tidak perlu saudara detailkan apa yg saudara dpt lihat dr wanita itu krn menggambarkan keaiban wanita itu sendiri..dan saya setuju sarana saudara itu...sebenarnya keadaan masyarakat yg tenat hari ini tidak mampu utk kita melakukan byk perubahan besar kerana kita golongan minoriti, walopun begitu saudara bole menghindarkan perkara tersebut terjadi dgn duduk di kerusi yg tidak memungkinkan saudara nampak wanita itu..dari cerita saudara menunjukkan saudara masih melihat dia walopun saudara menyatakan saudara menundukkan pandangan..jika tidak takkan saudara tahu apa tindakan dia selepas itu? maafkan saya, saya faham maksud saudara yg mengatakan iman saudara yg lemah, saudara dpt mempraktikkannya di lain kali..namun perlu diingatkan sekali kita terpandang, kita akan berasa seronok utk memandangnya lagi...mudah2an istigfar dan taubat saudara dpt menjadi hijab buat saudara.

Anonymous said...

Ilmu itu luas. Kiranya penjelasan terperinci itu dianggap sesuatu yang agak 'menggerunkan', bagus juga. Sekurang-kurangnya kaum wanita dan lelaki dapat tahu ilmu dari sudut pandangan sesetengah lelaki. Jika yang 'detail' dari kaca mata pandangan lelaki dibaca kita sudah mula meluat... yang 'detail' perbuatan itu dimanakah tempatnya?

Anonymous said...

setuju dengan komen, pernah menonton video ceramah tuan guru nik aziz tentang isu aurat ni, memang banyak keberukkan datang dari cuainya kita menutup aurat.

Bertambahnya kes cabul, rogol, buang anak sedikit sebanyak berpunca dari masalah aurat.

Diari Abu Naqibah telah mula beroperasi semenjak 28 Disember 2005.